Fresh from the owner...

16 August 2010

Sudah basi baru nak jadikan entri ke? Muahaha...


dua tiga before puasa encik suami ada balik. he asked me to decide. nak dia balik before puasa or masa puasa. aku decided biar la dia balik before puasa. bulan puasa nanti penat la pulak. kebetulan encik suami mc hari sabtu. so dia balik la sabtu pagi tu.

macam biasa la. dia balik mana nak bagi tahu. dia mc pun aku tak tahu. nak buat surprise la katakan. kebetulan, hari tu aku dah siapkan beli barang-barang nak buat tomyam campur sebab he likes tomyam campur so much (area johor dah tak ada tomyam yang biasa tu ek?! yang ada sekarang nu dia orang campur santan. lemak-lemak gitu tapi tak pernah cuba lagi...) la.

macam tahu-tahu je kan dia nak balik hari tu. entah la. kadang-kadang aku ikut instinct je. tomyam tu ingatkan nak buat esoknya. sebab kalau ikut plan asal, encik suami balik ahad. bukan sabtu. masak tomyam la sabtu tu. okay… dia hari-hari makan kat kedai. bila balik dia memang nak aku masak. manja dan mengada kan? hehehe…
bila tanya encik suami berapa hari cuti, dia cakap tiga. meaning isnin la dia akan balik Jjohor. wah… cuti lama. katanya jugak nak ajak shopping raya sebab bulan puasa dia tak balik langsung. siapa yang paling excited bila encik suami balik? of course la budak kecik dua orang tu.

memang manja la alya dengan anis. tak nak berenggang langsung dengan encik suami. hahaha… aku? happy la sebab anak-anak nak dengan abah je. ibu boleh cuti rehat kejap. ngeee… tapi tu waktu siang je. waktu malam dengan encik suami dia orang tak mahu. dari dulu lagi memang macam tu.

si manja yang nak dengan abah je... hehehe...


so the next day we went off to kuantan. sales? memang tengah sales. carik baju budak-budak ni makan masa sikit. kena pulak orang-orang dok main lembang je kain. opsss… tu dialek negeri aku!!! berpinau mata mencari baju si kecik dua orang ni. last-last dapat la tiga pasang seorang.

dan budak-budak kecik ni jugak dapat something from the father. pilihan dia orang lain. tapi ibu decided pilih yang lain. besar gedabak. confirm dia orang main kejap je. lebihnya nanti orang lain yang mainkan. huhuhu…


teka la yang mana satu Alya punya, yang mana Anis punya...
hehehe....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
ni bear Alya...

ni Moo si Anis...
ibu?
tak ada.


my foot: anak-anak dok mintak dukung dengan abah je. kesian pulak kat encik suami. huhuuu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign