Fresh from the owner...

18 August 2010

Stok untuk isteri sepanjang bulan puasa!!! Terima kasih atas layanan yang istimewa ini...


ni cocoa collagen bought by encik suami for me. supplement untuk bulan ramadhan ni. senang kalau ada supplement macam ni. untuk kesihatan luar dan dalam jugak. aku dah minum ni for 11 days. kesan dia? entah... aku pun tak tahu. segar sikit la rasa kot.

rasa cocoa collagen ni sedap jugak. suggestion dia buat satu cawan. tapi aku buat satu mug untuk satu sachet. sebabnya kalau buat satu cawan, manisnya tu terasa sangat. bila buat satu mug tu, kurang la sikit rasa manisnya. kalau rasa nak cuba tu boleh la...



aku suka benar dengan fudo ni. especially coklat punya la. krim dalam kek sedap. berbanding dengan strawberry, bukan krim kat dalam tapi jam. kalau anak-anak buah aku tak ada hal. jem ke krim ke... kosong ke... sebat aje dek dia orang

tu hari masa pergi giant, encik suami kata kalau nak tambah stok fudo ambik je la satu lagi. tapi aku tolak sebab aku rasa aku tak akan berapa nak makan benda-benda alah tu bulan puasa ni. selalunya macam tu la. hakikatnya memang macam tu.

melayan anak-anak makan time berbuka dah cukup buat aku kenyang. especially Anis la. dia suka makan berbanding Alya. lepas makan, makan. seronok tengok tapi takut jugak. macam tak kenyang je budak kecik sorang tu.

balas dendam kot sebab masa dia kena flu, batuk dengan demam tu ari... dia tak berapa nak makan. makan jugak. tapi dalam amount yang sangat sikit. daripada montel susut tubuh dia. sekarang ni dah naik semula. alhamdulillah.


last but not least biskut raya ni yang habis sebelum puasa pertama lagi. hehehe... ni mama carrie oren. sedap jugak. murah je. RM10 satu bekas ni. beli kat giant. masa belek-belek nak beli kuih raya untuk makan sebelum raya... aku terpandang biskut raya ni.

ezyan cookies! aku pernah dapat hamper biskut raya ezyan ni masa Anis masuk wad sebab kena jaundice. bila rasa, sedap jugak biskutnya. Alya pun suka. banyak jugak dia makan. kalau boleh test sebelum beli, mungkin aku beli dua... tak pun tiga bekas. ngeee...

sedap!!! encik suami kata dia ada tried carik kat giant after dia balik Johor. tapi tak jumpa. tak apalah. tak ada rezekilah dnegan biskut ni. hehehe...



my foot: aku sayang kamu kerana dirimu itu. dan bukan atas sebab apa yang kamu mampu berikan padaku. huhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. :) best tu kak.. dni lak suka yusmira collagen .. hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign