Fresh from the owner...

27 August 2010

Sinetron Cinta dan Anugerah ada 244 episod. Mak aiii... banyak gila!!! Huhuhu...



cerita ni tayang kat tv 9 setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 5.30 sampailah ke 6.30. sebelum ni aku ada buat entri tentang cerita lakonan Ashraff Sinclair ni. macam biasa la kan. dah nama pun sinetron dari seberang memang banyak la bahan perisa perasa diletakkan dalam cerita ni. penambahan yang buat kita rasa macam nak sumpah-sumpah je cerita ni ke pelakonnya ke. huahuahua...

kalau berlakon baik tu memang baik sangat la. tak ada cacat. macam tak pernah berdendam or marah dengan orang. baik je sepanjang cerita. hebat kan? innocentnya buatkan kita rasa menyampah. rasa macam nak pergi lempang je pelakon tu. gilo ke apo?! siapa suruh tengok kan? padan muka sendiri la.

sebenarnya... anak-anak buah aku suka sangat tengok cerita ni. yang seorang lagi tu pulak, suka tengok Invicible Youth kat chanel 303. jadik selalu la jugak berlaku perebutan. pasal tv ni memang budak-budak ni suka gaduh. tapi tengok Invicible Youth tu pun okay jugak apa.



Cinta da Anugerah ni ada 244 episod. yang baru ditayangkan kat tv tak silap aku episod ke 87 or 88 macam tu la. lama giler kan nak habis?! huhuhu... anak buah aku dah tengok sampai habis cerita tu kat internet. tak adalah tengok semua tapi endingnya dia tahu la.

aku selalu jugak cakap... dan tengok ending buat apa nak tengok lagi kat tv. tapi dia kata episod-episod lain dia tak tengok. tengok yang hujung-hujung nak habis je. alahai... cerita merapu-meraban tu jugak yang ditengoknya. dah tak ada pilihan lain terpaksa la tengok jugak cerita tu.

aku suka tengok Gio. tak tahu la kenapa. tapi dia nampak cool je. can be hard on the outside and soft di dalamnya. reminds me of encik suami. kalau dah sayang orang, dia tunjuk sangat-sangat yang dia sayang. tapi kalau dah tak suka... huhuhu... jangan cari pasal la.

apa yang pasti... cerita ni lepas raya baru habis. tak payah tunggu la pada sesiapa yang tengok tu. happy ending okay!!! yang ni kawin dengan yang ni... yang tu kawin dengan yang tu... yang ni mati... yang tu pun mati... yang ni dapat anak. yang itu pun dapat anak. yang satu lagi pun ada anak. ada satu couple je tak ada anak. hah?!

ada dapat anak kembar!!! nama anak kembar dia orang tu... nak tau apa? hehehe... CINTA dan ANUGERAH!!!



my foot: pening melayan cerita yang merapu-rapu macam ni. macam mana la boleh lulus cerita-cerita yang macam ni kan? huhuhu...


pics godek kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. dni tgk gak kekadang kak. hehe tapi tak suka tengok cynthia

    ReplyDelete
  2. hr2 aq tgk cite ni..
    tp bile tw je episod dy 244...
    perh....lame giler nk hbis.
    bosan pon ade...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign