Fresh from the owner...

07 August 2010

Saya mahu bercerita pasal berat badan. Siapa yang tak suka cerita pasal berat badan SILA JANGAN BACA!!! Nanti kamu marah saya. Hehehe...

mahu kata aku ni slim ke? hahaha... tak ada maknanya. masa zaman aku belajar dulu, aku selalu timbang berat dekat library. dan selalunya aku berada dalam kategori underweight. tak padan tinggi dengan berat. masa tu berat paling best aku dapat capai 49kg. nak dapat 50kg tu kira satu rahmat la. masa tu mana pedulik pasal berat badan pun.

roommate aku la selalu sangat jaki dengan aku. dia besar sikit. okay... besar banyak. berat dia masa tu 72kg kalau tak silap. dia sanggup makan sayur semata-mata nak kurus. dia mengamalkan crushed diet 'which is not good for your health'. aku selalu ajak dia makan dan dia selalu tolak sebab dia menyampah tengok aku makan.

dia kata aku boleh makan macam-macam. tak fikir langsung pasal berat badan ni. apa je aku nak makan, aku hentam sesuka hati. dia kalau nak buat macam aku kena fikir berpuluh kali sebab badannya cepat naik. kalau dia keluar makan dengan aku pun... dia pilih sayur dengan ikan je. mana boleh makan tu je. dia bukan vegetarian pun.

masa tu nak dekat dengan dinner. lagi la dia nak diet sebab dia ada beli black dress. dia suruh aku try pakai. dia kata nampak cantik je aku pakai. sesuai sangat dengan badan aku. dengan dia macam sarung nangka la sikit. so, dia berazam nak kuruskan badan untuk pakai dress tu. aku kata jangan tapi dia degil.

akhirnya... ada satu malam tu dia nangis-nangis ngadu sakit perut. masa tu dekat pukul 1 pagi. dia dah tak larat nak bangun. aku la yang terpaksa papah dia ke bilik warden mintak hantar ke klinik. okay... masa tu aku duduk tingkat 5. boleh ke papah dia yang lebih besar daripada aku? disebabkan kami kawan, berat ke tidak dia aku dah tak ingat. hahaha...

dapat la dia injection seketul kat bontot sebab doc kata dia dah dapat gastrik secara percuma. bila aku kata, dia tak nak dnegar. dah jadik macam tu menyesal pun dah tak ada guna. ta apa yang pasti dia happy dengan hidup dia sekarang. dan dia dah mengamalkan diet seimbang dengan berat badan yang lebih baik berbanding dulu kala.



my foot: buat apa nak risau sangat pasal berat badan? kalau orang tu sayang... dia sayang jugak. badan bukan ukuran. cuma kalau boleh dietlah sikit. sebab kalau besar sangat pun tak elok untuk kesihatan jugak. diet untuk kesihatan dengan diet untuk cantik tu banyak bezanya. think about it...


pic tu hasil googlelan Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign