Fresh from the owner...

24 August 2010

Raya Review: 5 September 2009 adalah kenangan paling berharga!!!

sambungan cerita ini...



sesiapa yang dah pernah baca entri aku yang sebelum ni pasti tahu kenapa 5 September tu pilihan aku. pada yang belum dan tak faham apa-apa boleh ke entri tu. dah tak lama lagi dah. kejap je dah setahun. rasa macam baru je lagi lalui semua tu.

masa ke sampai ke HTAA tu hari dah petang. dah 6.30 tak silap aku. aku tak berbuka pun lagi. jamah makanan or air pun tidak. cuma dimasukkan air je satu pain. according tu the nurses and docs, dia orang kalau boleh nak hold dulu. tak nak bagi baby keluar awal. masa tu baru 32 weeks plus plus. kalau ikutkan memang genap 8 bulan. tapi aku bagi date seminggu lewat.

sampai HTAA, dia checked segala dan mintak tunggu untuk naik ke tingkat atas. labour room kat bawah tu untuk kes biasa. tapi kalau kes aku ni kategori berisiko sebab premature birth. kena tunggu la. masa tu ada dua tiga orang dalam labour room nak delivered. memang lama tunggu okay.
tapi sebab contraction sangat lambat, the docs and nurses suruh tunggu kat luar untuk di bawa ke tingkat atas tu. aku tunggu je la encik suami pergi registered segala. bila dia datang semula, azan maghrib berkumandang. dia berbuka dengan apa yang ada. dia belikan aku air zam zam. tapi nurse tu tak bagi minum dengan makan.

aku pun tak tahu kenapa. tapi lepas cakap aku tak makan dengan minum apa-apa lagi, dia kata... minum air sikit boleh la. sikit je la aku minum air zam-zam tu. buat basahkan tekak. kalau sebelum ni aku tak sempat minum air ke minyak selusuh, kes Anis ni sama je. tak sempat nak selusuh segala. tak nampak air ke minyak selusuh pun.

dalam hati tu terdetik jugak. dah la puasa, tak minum dengan makan... macam mana nak deliver. ada energy ke? tapi docs punya perancangan lain. masuk labour room, dia orang dok diskus. kena tunggu pakar untuk inject streoid ke hape benda entah. nak hold baby. aku duduk dalam satu bilik. ada sorang nurse pantau.

dalam pada tu dok memikir jugak macam manalah Alya kat rumah. okay ke dia? huhuhu... ada sorang nurse tu masuk and checked aku. dia cakap berdasarkan pengalaman dia, kalau bahagian perut tu rasa panas je, insyaAllah bersalin hari tu jugak. tak usah la bagi ubat bagai.

lama nak tunggu doc pakar sampai. daripada tak ada contraction sampai la ke contraction yang paling kerap... doc pakar tak sampai-sampai. daripada pukul 7.30 sampai la ke pukul 9 malam, bayang doc pakar pun tak nampak. last-last aku cakap dengan the nurses, aku tak boleh nak tunggu.

so, dihantar aku ke labour room berdepan dengan bilik menunggu tu. tak lama pun masuk. tepat jam 2121 malam... lahir la si kecik saya tu. kalau dah dia rasa nak keluar tu... ingat boleh tahan-tahan ke? tak ada maknanya. pukul 12.30 pagi baru aku dapat makan nasi dengan sup dan air milo.

setiap perancangan Allah tu sempurna. walaupun tak makan apa-apa dan minum air zam zam seteguk dua je tapi still ada energy untuk delivered. berkat puasa dan jugak air zam-zam. dan paling utama, berkat redha suami atas isteri.

alhamdulillah...



my foot: untuk kedua-dua kelahiran, encik suami ada sama. bagi moral support and baca ayat-ayat suci. cuma masa Anis lambat sikit dia masuk sebab staff sana kelam-kabut sikit. bila aku tanya mana encik suami baru la dia orang bergegas panggil. kalau kat Kuala Terengganu, dia cakap anytime je kita nak husband masuk, dia akan panggilkan. huhuhu... sangat bersyukur he was there!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Alhamdulillah...
    bestnya akak dah dua anak.. dni ni ha.. tak beranak lagi.. kawen pon belom. hayyooo bila mau kawen ni... gatai dah. ngeeehehe

    ReplyDelete
  2. @ ardinihumaira

    alhamdulillah...

    dni pun tak lama lagi ada la tu...
    tapi kena tunggu kawin dengan deen dulu la.
    hehehe...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign