Fresh from the owner...

15 August 2010

Rasanya macam dah bertahun menunggu. Berjam-jam tu bersamaan dengan bertahun-tahun la kan? Huhuhu...



untuk post entri pertama tadi ambik masa dekat dua tiga jam jugak la. loading time untuk bukak blog sendiri pun makan masa satu setengah jam. lama gila kan? bukan sebab apa. tapi line ni memang tak elok daripada semalam. geram bangat!!!

nak blogwalking pun susah la. memang tak dapat. semalam cuma dapat loading front page untuk blog. lepas tu line jammed. macam sekarang ni la. baru je cakap dah disconnect. mahunya tak hangin. nasib baik la boleh sabar. kalau tak... tak tahu la.



sama jugak dengan line telefon sekarang ni. kadang-kadang satu bar je ada. sedangkan network sebelum ni memang tip top la. apa la yang celcom ni buat agaknya sampai jadi macam tu sekali? kalau ye pun nak upgrade system... bagitahu la.

kalau tak upgrade pun buat la sesuatu kan? tak ada orang komplen ke? dalam suratkhabar tu berlambak orang cerita pasal line yang teruk ni. erk?! ada ke? ada la... tak caya cuba baca. hehehe... ni pun dah berapa puluh kali connect ni baru dapat post entri ni pulak.



memang tahap terbakar la ni. geram gila. tapi kenangkan ni bulan puasa, sabar aje la. tak baik ikut nafsu kan? huhuhu... bulan puasa tak ada syaitan iblis tahu tak dah kena rantai depa semua tu. yang ada nafsu kita ni je. yang ni la kena lawan pulak.

mahu taip short stroy la kejap. malas nak menensenkan kepala dengan line yang gila nih. huh!!! marah sudah bah!!!



my foot: selamat berhari minggu ye!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. dni punya bokbeng pon meroyan kak..
    pastu asik EDGE yang tak jalan langsung loading stuck je memanjang. rasa sakit hati tahap tak tahu nak cakap. huhu

    ReplyDelete
  2. @ ardinihumaira

    kadang-kadang elok line ni.
    tapi selalunya tak elok la..
    sama macam akak la dni.
    EDGE tp tak mau loading langsung...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign