Fresh from the owner...

10 August 2010

Ramdhan datang lagi. Bersiap sediakah kita untuk mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini?



setiap kali Ramadhan datang mesti rasa teruja kan? aku la. memang excited tunggu Ramadhan ni. walaupun tak dapat nak berterawih ramai-ramai tapi still boleh buat sendiri-sendiri. cuma kurang kick la kalau buat sendiri pun. ada anak-anak kecik ni memang macam ni la. last dapat terawih ramai-ramai masa mengandungkan Alya dan baru 5 bulan kawin kot masa tu.

pergi surau dengan encik suami jalan kaki je. kebetulan surau kat taman buat terawih jugak. jadik lagi dekat. jalan kaki je la ke sana. memang seronok la. pergi dengan encik suami pun bukannya selalu. sesekali dia balik je. macam manalah nak pergi sama kerap kali kalau dia kat Johor and I was here in Pahang.

lepas ada Alya and then the next year dengan Anis and this year dengan Alya dan Anis memang susah nak pergi terawih. budak-budak kecik ni bukan nak dengan orang lain. kena pulak ada yang menyusu badan. tapi walau ada anak pun masih boleh beramal di bulan yang mulia ni. buat sendiri pun tak apalah. janji jangan tak buat langsung.

sejauh mana kita bersedia nak sambut Ramdhan al-Mubarak ni? persediaan mental dan fizikal. dah ready ke nak lawan nafsu sendiri? nafsu dalam segala macam benda. nafsu makan... blablabla... walaupun kita tahu tak semua orang akan dapat lawan nafsu tu... tapi kita macam mana? mesti akan keluar dalam paper la pasal orang kena tangkap makan siang hari.

curik-curik masuk kedai makan cina segala. orang melayu sendiri pun kadang-kadang buat benda-benda yang tak elok ni. pakcik-pakcik yang kubur kata 'Mari sini! Mari sini!' pun sama jugak. susah nak puasa. alasan sama akan kedengaran setiap tahun. gastrik la.... macam-macam lagi la... walhal gastrik tu bukan alasan untuk tak puasa.

apa pun... bersyukurlah kita sebab diberi peluang untuk sambut Ramadhan lagi tahun ni. ada orang tak berkesempatan langsung. ajal datang tanpa diundang. bersedia atau tidak, ia akan tetap datang menjemput kita pulang ke pangkuan Yang Maha Esa. nikmatilah Ramdhan al-Mubarak ni seolah-olah ia Ramadhan yang terakhir untuk kita.

hargailah dan hiasilah malamnya dengan amal kerana ia bulan 1001 rahmat. pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup. kita yang menentukan apa yang kita mahu lakukan di bulan yang mulia ini.


SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM DI SEANTARO DUNIA!!!


my foot: sekadar peringatan untuk diri sendiri agar tidak alpa. bukan terfikir nak tukar langsir dan perabot baru sebelum raya. selamat beramal!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. selamat menyambut ramadhan al-mubarak kak ;)

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak! :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign