Fresh from the owner...

06 August 2010

Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Tidak sabar menunggu!!! Terlalu banyak kenangan yang tersingkap. Ewah...!!!


ramadhan datang dan pergi. datangnya disambut penuh kesyukuran. perginya ditangisi. belum datang dah sibuk cerita pasal nak pergi. banyak kenangan bulan puasa time aku belajar dulu. especially time dekat-dekat nak raya. memang aku kenang sampai sekarang.

kalau boleh ulang momen tu best jugak. tapi bukan momen yang menyedihkan la. yang tu buat terbakau je jiwa dan peparu aku ni. hehehe... tapi aku cerita jugak la kenangan 'terindah' tu. memang indah untuk ku kenang. ceh!!!

kenangan raya yang paling tak best masa aku ditinggalkan bus. time study dah tentu la kita siap beli tiket awal-awal kan? tak la awal jugak. kira sedang-sedang elok je la. tiket ke pantai timur selalunya akan sold out macam goreng pisang panas. sebab tu kena beli awal.

nak dijadikan cerita, tiket aku pukul 6.30 petang. bersiap awal. bertolak keluar daripada hostel pun awal jugak. dalam pukul 3.30 petang. jauh gapnya kan? Shah Alam - KL bukan jauh mana pun tapi tempat yang tak jauh tu, bila berlaku bencana alam memang akan jadi jauh. huhuhu...

masa nak keluar daripada hostel, hujan la pulak. lebat gila. tapi still boleh teruskan perjalanan ke stesen komuter. walaupun dalam hati dah rasa tak sedap... macam akan jadi sesuatu je tapi perjalanan tetap diteruskan.

naik komuter tak samapi suku perjalanan, tren stopped sebab banjir kat Batu 3. cepat gila air naik. so, tren kena tunggu air surut baru boleh jalan. masalahnya aku tak boleh nak tunggu. kat tempat lain jammed teruk sebab hujan katakan.

tension dah masa tu. macam mana nak buat ni. aku tak ingat tren tu berhenti kat mana sebelum aku turun and ambik cab. tapi keadaan tetap sama. jammed tak bergerak. huhuhu... dalam hati dah tahu kesudahannya macam mana. tapi tetap nak teruskan perjalanan walaupun macam dah rasa... tahun ni mungkin tak sambut raya. join budak-budak Sabahans dengan Sarawakians la nampak gayanya.

erk... betul ke macam tu?! kejap lagi la sambung kesudahan cerita ni ek!!! ngeee... jangan la marah-marah. kasi senyum sikit muka tu.



my foot: sangat suka dengan Ramadhan. bukan sebab boleh diet. tak ada maknanya nak diet. my weight dah turun 4kg... waaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. wow! dni ngah jana pendapatan.. eh silap jana kilogram ni kak.. 5kg naik berat.. tatau nape--->padahal makan banyak ;D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign