Fresh from the owner...

07 August 2010

Puasa oh Puasa!!! Saya tak akan lupa kenangan tu sampai bila-bila. Huhuhu...


sambungan daripada entri INI...

hakikatnya... itu kenangan bulan puasa yang tak akan aku lupa sampai bila-bila. bayangkan la (okay... pejam mata dan bayangkan ek!), masa tu tinggal berapa hari je lagi nak habis Ramadhan. aku pulak sangkut kat KL. kawan-kawan lain semua dah selamat sampai ke kampung halaman agaknya. aku jugak yang terkial-kial nak balik.

memang nasib tak berapa baik la hari tu. aku sampai kat stesen bus lewat lima minit daripada masa sepatutnya. selalunya jugak, bus ni jarang bertolak awal. tapi dah namanya musim nak raya. lambat sikit and ada orang nak bayar untuk tempat duduk kita tu... driver takkan tunggu lama punya la. duit tu!!!

masa tu jugak dah dekat waktu berbuka. melilau la mencari tiket nak balik hari tu. tapi jangan harap la ada. dah nak putus harap dah ni. daripada KL ke Kuantan ikut jalan lama makan masa dekat 6-7 jam jugak. lagi-lagi musim nak raya. ikut highway dah tentunya cepat. masa tu mana ada highway ni. memang berkarat la duduk dalam bus. hahaha...

ditakdirkan Allah... ada driver tu cakap, bus lompat-lompat ke Temerloh ada. pukul 8 malam bus tu jalan. dalam hati dok berkira nak ke tak nak. kalau nak, siapa nak ambik aku kat Temerloh kan? tapi kalau tak naik, nak balik raya tak boleh pulak. tawakal je aku ni. perjalanan aku ke Temerloh pun bermulalah.

masa tu mana reti naik bus lompat-lompat. tau naik bus express je. sampai je kat Temerloh aku called rumah bagitahu aku kat mana. awal-awal aku dah story-morie kat my dad pasal situation aku masa tu. ayah aku cakap abang aku akan ambik aku kat Temerloh. KL - Temerloh dekat je. kejap je dah sampai. masa aku turun kat situ ramai lelaki. cuak tahap tak ingat.

lepa sorang-sorang tanya aku tunggu siapa. aku ingat lagi ada seorang lelaki tu offer aku tidur kat rumah dia. katanya kaka dia ada, kalau tak percaya dia bawak aku tidur kat balai. huh! dalam keadaan macam tu, aku tak percaya sesiapa de... biar la aku sorang-sorang kat terminal tu daripada aku ikut orang aku tak kenal. masa tu pulak dah pukul 12 lebih.

ada sorang pakcik tu kata, kalau nak ke Kuantan ada bus. kejap lagi sampai. tanya la kot-kot boleh tumpang sampai ke sana. tapi abang aku dah on the way. takkan nak naik bus pulak. pakcik tu ada cakap tempat tu akan kosong or tinggal dua tiga orang je lagi menjelang pagi. cuak la jugak. tunggu abang aku sampai sikit punya lama. pukul 2 pagi baru dia sampai Temerloh.

jammed sikit katanya. dan aku sampai rumah dekat pukul 4.30 pagi. sahur je... terus tidur. huhuhu... ingatkan dah tak taya dah aku tahun tu. tapi kuasa Allah kita tak tahu. DIA dah rancang sesuatu yang baik untuk kita dan untuk kita pelajari jugak daripada kejadian tu.



my foot: aku tak tahu apa niat lelaki yang ajak aku tumpang tidur kat rumah dia tu. nasib baik aku jenis yang bukan ikut orang sembarangan kan. kalau tak... naya je. jangankan ke balai. entah ke mana dia nak bawak pun aku tak tahu. alhamdulillah kerana masih di bawah lindungan Ilahi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. memang jalan yang terbaik kita tak percayakan sesiapa kat tempat cemtu.. memang ada segelintir yang berniat baik, tapi yang lebih ramainya bersikap jahat kan kak.. huhu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign