Fresh from the owner...

19 August 2010

Pakcik! Saya nak bercerita ni. Pakcik nak dengar tak?


Zaman saya puasa masa bebudak dulu, best pakcik. Walaupun saya tak berapa nak ingat apa yang ada… tapi yang pasti, lepas sahur je saya pergi sekolah awal. Kabus putih lagi saya dah sampai sekolah. Nak duduk rumah pun buat apa. Kadang-kadang pergi dengan basikal. Kadang-kadang ayah saya hantar.

Walaupun cuma ada ayah je tapi life okay je pakcik. Sahur diwajibkan. Memang kena bangun makan la. Sampai saya dah masuk keluar u pun saya tetap sahur. Tak makan pun tak apa. Minum air je dah okay. Tapi memang dah habit saya bersahur. Walau macam mana pun nak jugak sahur.

Ada satu kenangan yang saya takkan lupa sampai sekarang. Dalam bulan ramadhan tu tak sah kalau tak terlajak sahurnya. Kalau tak sedar masa azan subuh, sedar lepas tu. Tapi puasa tetap puasa. Cuma ada kelonggaran sikit la. Ayah saya kata, kalau tak larat tak payah la puasa.

Tapi saya puasa habis. Kadang-kadang tu, dekat sangat dah dengan waktu imsak baru sedar. Minum air je la pakcik buat alas tekak. Hahaha… masa saya duduk u pun pernah saya termissed sahur. Sedar-sedar je dah pagi. Bengang betul la. Dapat pulak kawan-kawan yang memang culas nak bangun sahur.

Balik rumah bersahur pulak dia orang tu. Tapi kalau kat u… memang tak bersahur. Ada kawan saya siap suruh kejutkan dia sahur. Bila kejut je entah apa-apa dia merepek. Malas nak bangun la apa la… last-last, saya sahur seorang jugak.
Saya faham perasaan pakcik. saya pernah jugak suruh ayah saya carik lain. tapi ayah saya kata lepas kakak saya kawin. sampai sekarang saya dah kawin ada anak sendiri pun ayah saya tak kawin-kawin. auta la ayah saya tu. huhuhu...



my foot: dah lebih 23 tahun ayah aku hidup bujang. kesian tapi dah dia tak mahu carik pengganti nak buat macam mana kan? apa pun terima kasih kerana dah besarkan aku dengan baik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. kenangan kecik2 memang terpahat di ingatan kita..


    kesian ayah awak..

    ReplyDelete
  2. @ a.z.r.i.n.a.03.0

    betul kan...
    kena pulak tak ada mak...
    sengal je rasa..
    mujur ada kakak.

    heehee..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign