Fresh from the owner...

25 August 2010

Lewat sebulan pun nak kecoh ke? Apa daa...



Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Sayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata "Ini rumah En. Mahpus ker?" 

"Iya, saya ni isterinya. Ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat. Saya dah tak boleh tunggu ni. Nanti boss saya marah."


Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu."APA??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "Ala puan, ni kan zaman IT. Semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan. " Relek puan! Puan ni baru lewat sebulan. Ada yg lagi teruk... lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, "Nanti saya bincang dengan suami saya." Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini diberitahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..


Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni.. isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-heboh ke dalam internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! Bisness apa korang buat niii?? Nak kena saman kerr???"

Lalu pegawai yang datang ke rumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik! Sabar encik! Apa susah... kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

"APAAA?? Nak bayar korang? Belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap: "Kalau macam tu... kita terpaksa potong encik punya....... ...."

Si Mahpus mencelah: "Apa??? Potong??? Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap: "Nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRR LAAAAAAAA..."

???????????? ???????




my foot: tu la... tak memahami isi-isi kandungan dalam perbincangan lagi. dah kena potong!!! muahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. pagi2 dah tersenyum baca entry ni hehehehe..segar pale hotak :D

    ReplyDelete
  2. myb sbb tu kot ade iklan potong2 tu huhu~~~ menceriakan pg hari la n3 ne:)

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat senyum pagi2...hihihi...lucu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign