Fresh from the owner...

18 August 2010

Kesian pakcik tu. Tapi nak buat macam mana pakcik. Semua tu kan ke dugaan. Ayah saya okay je!!!


my sis ada story pasal sorang pakcik yang dulunya jiran dia. sekarang ni pun still jiran. dulu jiran sebelah-menyebelah. sekarang ni dapur jumpa dapur bila my sis pindah rumah sewa. anak owner lama nak duduk kat rumah tu so my sis pindah la ke belakang. lagi dekat dengan rumah ayah aku. hohoho…

masa second day ramadhan, pakcik tu dan anak-anak dia berbuka lambat. salah dengar stesen radio. orang lain dah nak kenyang nak makan, pakcik tu baru terhegeh-hegeh anak-beranak nak berbuka. pakcik tu kematian isteri tahun lepas. arwah isteri dia sangat pandai buat donut. sedap dan lembut. selalu jugak beli. belum hantar ke kedai, kita orang dah beli dulu.

arwah meninggal sebab kena breast cancer. bila apa yang isteri biasa buat, suami terpaksa ambil alih, memang kacau-bilau sikit la. biasa semua tu. tapi pakcik tu, memasak sendiri sepanjang bulan puasa ni. anak-anak pun dah besar. nak heran apa sangat. biasa makan air tangan mak. tapi sekarang dah tukar.

aku cakap dengan my sis, kenapa tak jerit je bagitahu pakcik tu waktu berbuka dah lama masuk. masa tu dah kelam-kelibut, tak ada nak dengarnya pakcik tu. tak apalah pakcik. sesekali berbuka lambat. bukan selalu pun. muahaha…




saya pun dah lalui apa yang pakcik lalui sekarang. ayah saya pun steady je pakcik. sampai sekarang maintain walaupun ada hangin kus-kus. kadang-kadang angin ayah saya senang je saya nak ramal. kadang-kadang tu… tak teramal pulak. apa kaitan ayah saya dengan pakcik?

ayah saya pun bapa tunggal pakcik. dah berpuluh tahun. nanti saya cerita dengan pakcik ek pasal ramadhan saya masa kecik-kecik dulu dengan berbapakan bapa tunggal. hehehe… tunggu ye pakcik!!!



my foot: kenangan puasa masa kecik-kecik dulu seronok. bila tengok anak-anak sekarang terimbas zaman aku puasa dulu. huhuhu…

pic godek kat Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. hehe.. kesian juga pakcik tu.. mungkin tak biasa lagi nak melalui bulan ramadhan ni sorang2 tanpa isteri..

    ReplyDelete
  2. takpe... suh dia cari isteri baru ;D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign