Fresh from the owner...

02 August 2010

Kali kedua suhu cecah 39.2. Langsung sakit kepala sebab kali ni memang kerap sangat terkejut. Dua pesakit dalam satu malam. Saya harus kuat!!!


malam ni pun sama macam malam-malam sebelumnya. tidur dah macam tak tidur juga. sama je. kepala macam penign-pening sikit sebab kerap terkejut. ni pun baru dapat nak post entri sebab bila bawak ke pagi, tidur dia orang dah okay. nyenyak. kalau daripada petang nak bawak ke pagi ni memang mancabar gila la. hahaha...

tambahan pulak dengan line yang tak berapa nak bagus ni. dok searching for connection je. dah tak ada connection biru agaknya kat sini. tapi yang aku dengar-dengar la... line biru ni jadik macam ni sebab dia orang tengah upgrade system. entah betul entah tidak tu... tak tahu la aku. tak ada pulak dapat notification daripada pihak biru bagitahu nak upgrade line. malas kot!!!

petang semalam, Alya menunjukkan tanda-tanda nak demam. bila bawak ke petang, dia sedikit meragam. bila start malam je... meragam dia up lagi. Anis pulak nampak okay je. happy. dah start nak main-main dengan orang. Alya, bila aku nak solat je sama naik. nak ikut la apa la. dok meragam la. badan dah start panas. Anis still maintain.

awal pagi ni check suhu... panas badan Anis naik semula tapi cuma 38.3 je. Alya pulak cecah 39.2. sebabnya? kain basah dia tak bagi langsung sentuh kepala dia. sejuk. memang menggeletar dia pagi ni. aku doublekan selimut baru dia tidur ok sikit. tapi kejap je la. lepas tu dia bangun panggil "Ibu!". nasib baik ibu je. kalau abah? mana mahu carik???

awal-awal pagi, dua-dua meragam. semuanya sebab batuk. Alya extra sebab dia demam. dan kebiasaannya pun macam tu la. demam je meragam. tak sampai lima minit tidurkan Alya, Anis pulak terkejut. menangis. baru je rasa nak lelap dah terkejut sebab budak-budak ni sama-sama terkejut. tapi terkejutnya adik-beradik ni bukan serentak.

cuma aku la tak berapa dapat nak tidur. tak kisah la. as long as the kids rasa selamat dan selesa. itu dah cukup baik. buat apa jadik ibu kalau dugaan yang sekecil tu pun tak boleh nak handle kan? huhuhu...



my foot: malas mahu letak pic. dan maaf sebab tak dapat nak blogwalking. line tak berapa bagus. anak-anak tak berapa nak sihat lagi. belum dapat blogwalking sepenuhnya. maaf dan maaf lagi!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. moga anak2 akak cepat sembuh tau... dni hari tu 3 minggu baru sembuh demam. memang teruk demam kali ni huhu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign