Fresh from the owner...

03 August 2010

Kalau sudah namanya bencana alam... apa saja mungkin terjadi. Redha sajalah...


semalam, masa nak bawak ke hospital, lau depan istana. nak elak traffic light. kalau ikut jalan biasa, ada dua traffic lights yang kena berhenti. leceh. ikut jalan yang satu ni je la senang sikit. ayah aku ada cakap pasal dua kejadian area Padang Polo tu.

satu... pasal kereta langgar tiang lampu. ayah aku kata dia tak sure kereta ke motor. tapi daripada pengamatan aku... nampak macam kereta yang langgar. tapi tak tahu la kalau aku silap. kat area-area tu jugak ada kes maut. langgar tiang lampu jugak. tapi motor.


tak silap aku, last year. masa bawak Anis pasal kes pneumonia dia tu... terdengar ada orang cakap-cakap. aku dah tak berapa ingat macam mana dia boleh langgar lampu tu. tapi yang pasti, dia telah meninggalkan dunia ini. siapa dia... aku pun tak tahu. cuma dengar-dengar je la.

yang kedua, rumah bahagian tepi istana. ada dahan pokok hempap atas rumah. ranap jugak la bahagian sisi ataupun bahagian dapur rumah tu. masa aku lalu area tu, encik-encik bomba tengah potong tu. kasi pendek habis.


memang besar gedabak pokoknya. dahan yang jatuh tu pun dah sebesar orang lelaki dewasa. dekat-dekat nak puasa ni kena sabar je la terima dugaan daripada Allah. nak kata macam mana. dah DIA kata jadik, maka jadi la benda tu kan?!

kebetulan malam sebelum tu... angin kuat. rupa-rupanya nak ada bencana.


my foot: sudah janjinya begitu. terima je dengan hati redha. dah tak boleh nak buat apa jugak dah. boleh repair je la rumah tu lepas ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. ya Allah...

    memamng ngeri kejadian tu kak.. dni selalu risau bab makan kat warung tepi jalan.. sebab dni pernah tengok kejadian orang sedang makan kat warung kena langgar... huhu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign