Fresh from the owner...

14 August 2010

Hehehe... Bila Alya berkata-kata, saya hanya mampu senyum saja!!!


semalam lepas berbuka, solat Maghrib and kemas-kemas bilik... aku rehat-rehat kejap la kat ruang rehat area dapur. bebudak yang lain ada tengok tv cerita Wall-E yang entah berapa puluh kali dah ulang kat astro. aku dah boleh hafal jalan cerita tu. dialog pun aku boleh hafal aku rasa. hehehe... tapi semalam aku suruh bebudak ni switched semula language cerita tu.

kalau tengok cerita inggeris sikit, mesti nak tukar language. susah jugak kalau dah boleh alih bahasa ni. dia orang malas nak dengar yang BI punya. dia orang dok ulang dengar yang BM. naik menyampah dah rasa. jangankan cerita Wall-E... hampir kesemua cerita kat chanel tu, selagi boleh alih bahasa, dia orang akan tukar punya. confirm!!!

disebabkan rasa sedikit mengantuk (wah... sikit ke?), aku baring-baring le kat ruang rehat tu sambil memejamkan mata. Anis macam biasa la. memanjat... tengah buas macam tu la. janji kita ada kat situ, dia okay la. Alya mula-mula tu tengok tv.

tapi bila dia tengok aku baring ala-ala nak tidur gitu, dia sound baik punya...

"Ibu nak tido, pegi la masuk bilik!"

huhuhu... disebabkan dia tak pelat, memang macam tu la dia kalau bab bercakap. sangat pening sebab kadang-kadang aku sendiri tertanya-tanya... daripada mana dia belajar semua tu. aku yang tengok dia hari-hari. 24/7 everyday. kadang-kadang pelik jugak. dari mana dia picked up kata-kata macam tu?

ada sekali tu dia cakap, "Tak ada maknanya ibu!" hohoho... dan kalau aku marah dia, dia akan twist balik apa yang aku pernah cakap pada dia sebelum ni... "Tiada maaf bagimu!"

sekarang ni dia sangat garang la. suka buli orang. kesian aku tengok sepupunya tu. tapi jenis dia kalau pukul dia pujuk semula. aku try cara lain untuk elak dia membuli sepupunya tu. aku cakap kat dia jangan pukul tapi cuit je.

alhamdulillah... dia dengar jugak kata ibunya ni. pukul still buat tapi kadang-kadang dia cuit jugak. sekadar nak emngusik. masa mengandungkan dia, tak ada pulak aku pukul-pukul orang. huhuhu... Alya! Alya! macam-macam fiil sekarang ni.


my foot: tapi yang pasti... dia sangat sayang adiknya. first thing yang dia usually buat after bangun tidur is asking "Adik mana adik?". itu kalau dia tak nampak adiknya la. kalau nampak, dia akan panggil adiknya tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. pandainya dia cakap.. berapa tahun dah umur Alya ni? comelnya laaa :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign