Fresh from the owner...

11 August 2010

Hari pertama sahur di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Harapnya puasa diberkati. Kembali sendiri tanpa kamu. Huhuhu...


selsesai sudah sesi bersahur pagi ni. pada aku, sahur kali ni kurang kick sikit. hahaha... bukan sebab apa tapi memikirkan encik suami yang sahur sendirian dengan demam yang masih bersisa tu. kesian jugak kat dia. tapi nak buat macam mana. dah tuntutan kerjanya di sana.

mujur jugak aku tak kerja. kalau tak entah macam mana la agaknya. aku mungkin di sana. dan dia pula di hujung sana. encik suami tak bagi kerja after aku pregnantkan Alya. ada jugak rasa nak kerja tapi peluang kerja dengan kelulusan yang aku ada banyak terbentang luas dekat Selangor dan KL. kalau dia di Johor dan aku kat area-area tu... macam kesian jugak la.


ingat nak sambung lagi la. nak ambik KPLI. dulu ada plan nak sambung masters. tapi tak tahu la. mungkin jugak akan sambung masters or the sake of nak timba ilmu. ambik KPLI untuk jadik cikgu. huh! tanggungjawab cikgu saja sekarang ni mengalahkan orang kerja pejabat. my friends yang jadik cikgu-cikgi ni ada yang merungut. tapi nak buat macam mana. itu pilihan kamu sedari dulu.

kita akan menjalani ibadah puasa hari pertama hari ni. bersemangat ke? of course la sebab excited menanti datangnya bulan yang penuh berkah ni. ingat senang ke nak tunggu. ada yang tak sempat nak sambut tahu tak?! ada yang masih mampu sambut tapi tak mampu nak puasa. kita??? alhamdulillah... masih diberi keberkatan untuk berpuasa. rugi la kan!!

anak-anak buah aku pun muka 'comel-comel' je pepagi bila dikejutkan bangun sahur. lepas sahur je tengok tv. sekarang ni still mengadap tv tengok cerita kartun. bila kena jerkah baru la dia orang pergi mandi. nak siap-siap pergi sekolah. huhuhu... budak-budak ni macam-macam la fiilnya. pening kepala nak layan!



my foot: besar harapannya agar puasa diberkati dan encik suami juga dapat menjalani ibadah ini dengan baik. huhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan ramadhan yang penuh keberkatan. semoga segala amalan kita diredhai dan diberkati Allah, amin...

    ;)

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan ramadhan yang penuh keberkatan. semoga segala amalan kita diredhai dan diberkati Allah, amin...

    ;)

    ReplyDelete
  3. kita senaseb rupanya ya..kena bersahur sensorang..tp awak ade anak2...taklah terasa sunyi sgt...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign