Fresh from the owner...

23 August 2010

Cuaca sekarang atau persekitaran yang buatkan anak-anak cepat sakit? Saya masih mencari jawapan pasti...



sebenarnya aku terfikir jugak. mudah benar budak-budak kecik dua orang ni jatuh sakit sekarang ni. Alya kurang makan tapi kuat minum susu. Anis kuat makan. minum susu badan je buat masa ni. kadang-kadang tu songlap jugak susu kakaknya.

baru je seminggu dua baik daripada demam, batuk dan flu. tapi sekarang dia orang kena semula benda yang sama. started dengan Anis. sekarang Alya pulak. semalam, masa tidur... Alya batuk-batuk. pagi ni kena flu pulak. nak kata aku bawak dia orang ni keluar jalan-jalan... aku pun tak pergi ke mana-mana.

mana rajin nak keluar kalau encik suami tak ada. bukan senang nak bawak dia orang ni jalan-jalan. semalam, bawak Anis pergi sedut gas. balik daripada hospital cuaca dah panas. merah muka makcik kecik dua orang tu. kesian jugak.

sebelum sampai rumah sempat la menyinggah dekat Tunas Manja. carikan botol minuman untuk Alya dengan Anis. sebelum ni dia orang kongsi je satu botol. tapi botol tu dah pecah sikit. bila letak air selalunya air akan menitik keluar. kali ni beli asing-asing la senang. hak milik persendirian.

Anis, tak mahu langsung dengan orang. tidur je kejenya lepas balik daripada hospital tu. pening jugak la kepala mak bonda ni. huhuu... bila dia tak mahu dengan orang, nak buat apa benda pun susah. redha sajalah. tapi alhamdulillah... semalam tidurnya lena je. aku pun boleh join tidur dengan aman. ngeh... ngeh... ngeh...



cuma itu la. kadang-kadang terfikir jugak. sebab cuaca ke dia orang jadik macam ni. sebabnya kat sini cuaca tak menentu sangat. kejap panas. kejap hujan. kejap mendung. tapi aku notice satu benda la. bila anak-anak sakit, encik suami pun sama sakit.

macam merancang je dia orang ni kan? huhuhu... hopefully just sakit-sakit biasa la. especially Anis. kesian sangat bila tengok dia dalam ICU. kalau boleh ambik sakit tu, aku ambik dah. tapi nak buat macam mana kan?



my foot: MA kata pneumonia tu boleh sembuh dengan makan ubat. memang la. kalau antibiotik tu tak bertindak balas dengan imunisasi orang tu... tak ada makna jugak. sebelum Anis keluar ICU, ada dua tiga kematian sebab pneumonia. walaupun itu hak Allah... tapi dalam hati tu sedih juga kan? dah bukan anak dia orang boleh la cakap. huhuhu...


pics digodek di Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. semoga diorang cepat sembuh ye kak.. mungkin sebab cuaca gak.. pastu persekitaran.. cam adik dni, dia ada asma... rumah dekat dengan jalan raya... acap kali gak dia lelah. huhu

    ReplyDelete
  2. @ ardinihumaira

    macam tu la.
    kadang-kadang dia orang ni bergilir-gilir.
    lepas yang ni okay...
    yang ni pulak kena.

    huhuhu...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign