Fresh from the owner...

15 August 2010

Alya yang kuat meragam dan Anis yang lasak!!! Dua-dua buat ibu penat la bulan puasa ni. Hehehe...



Alya sekarang ni meragam lebih sikit. suka menangis la. kalau mood ida okay, okay la, kalau tak... nak mengamuk je kerjanya. dia nak perhatian lebih ke? nak kata tak bagi perhatian... bagi apa! tapi kalau ikut garisan kat bawah mata dia tu (according to orang-orang tua la...), memang betul la dia suka menangis. orang tua-tua kata sawan tangis.

garisan tu memang betul-betul bawah mata. dia kan berkulit cerah. kalau bawak berjalan, orang ingat lebam. memang nampak jelas. terpaksa la cakap dengan orang apa sebenarnya lebam biru kat bawah mata dia tu. memang orang akan tanya punyalah. cuma garisan tu dah kurang jelas sikit sekarang. erk?! ye je? nanti check semula la.


tapi masa garisan tu jelas, dia memang tak menangis dan meragam segala. bila dah masuk dua tahun lebih ni kuat betul menangisnya. huhuhu... tapi dalam pada tu dia tetap si kecik yang garang. alhamdulillah... perkembangan dia pun okay. a bit advance untuk budak seumur dengan dia.

pernah aku bawak dia jalan-jalan kat mall. singgah satu kedai and ada seorang chinese lady cakap Alya tu comel tapi kecik. jadik aku cakap la dia kecik sebab dia born premature. chinese lady tu kata, premature baby usually pandai. and Alya katanya nampak cute and pandai. hahaha... insyaAllah!!!

Anis pun sama. ramai yang kata macam tu. at hte age of 11 months, dia dah pandai imitate apa orang cakap, buat bunyi binatang dan sangat suka bercakap macam Alya jugak. dan... yang paling utama sekali, dia suka mengutip. tak nak didukung lama-lama kecuali atas kemahuan dia. kalau tak... kerjanya nak merayap je.

sekarang ni dia tengah nak belajar berjalan. entah sempat tidak dia berjalan sebelum raya, tak tahu la. suka panjat-panjat. dan sangat lasak. semalam... masa aku letakkan dia kat ruang tamu depan, dia tanpa segan-silu panjat tangga sampai ke atas. abit advance sebab itu la first time dia panjat tangga tu.

bila dia dah berani panjat tangga, letak kat ruang rehat dapur pun dia tuju ke tangga jugak. huhuhu... kalau Alya berjalan masa umur setahun 3 bulan dan tumbuh dua batang gigi masa umur dia setahun tepat, Anis ni tak tahu la pulak macam mana. mungkin awal sikit daripada kakaknya kot berjalan. gigi? tak ada bayang pun lagi.

selain daripada dok kena kejar dia selagi dia tak tidur, bab makan satu hal lagi. Anis compared tu Alya sangat suka makan. tapi sekarang ni dia ada habit baru. nak makan sendiri. dia tak nak orang suapkan kecuali kalau benda tu macam jenis cecair ke... lembik-lembik sikit. kalau dia detect benda tu boleh pegang, memang habis la.

dia takkan makan kecuali kalau kita bagi dia pegang and dia akan makan sendiri. geram kan? ni la yang orang-orang tua kata besar kerak. hehehe... kena tengok la dia makan sebab dia tak ada gigi lagi. takut makanan tu besar sangat digigit dengan gusinya tu.

bulan puasa ni memang penat sikit la dengan si kecik dua orang ni. kalau the father ada... senang la sikit. tapi dah tak ada... terima je la kan?! but then, tengok perkembangan dia orang selalu buatkan aku rasa bahagia. at least aku tengok depan mata. bukan pengasuh yang tengok. being a mother is a wonderful feeling and moment. memang enjoy la. hehehe...



my foot: kecuali la kalau tak suak anak kan. yang tu memang tak boleh buat apa. kalau tak suka baby, jangan terfikir pun nan ada seorang. nanti kesian kat baby tu. terabai pulak tanpa kasih sayang! macam yang jadik kebelakangan ni la. buang bayi merata-rata. sedih kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. sape tak nak baby tu baik kasi kat orang tak de anak je kan kak.. kat budak kecik pun kita rasa kasih apatah lagi anak kita sendiri. opsss bila dni nak beranak pinak ni. haisyyy nak kaweeeeeeeeeeeeen! :D gatai haha

    ReplyDelete
  2. @ ardinihumaira

    tu la...
    ingat senang nak dapat anak agaknya.
    ada orang bertahun menunggu.
    ada yang langsung tak dapat-dapat sampai ke tua.
    yang senang dapat main buang-buang je.

    dni nak anak ek?
    nanti boleh kurus la dni kalau ada baby sendiri.
    hehe...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign