Fresh from the owner...

27 August 2010

17 Ramadhan 1431 H bersamaan dengan 27 Ogos 2010...



hari ini hari cuti umum bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran. biasanya kalau 17 Ramadhan tu kita akan ingat tentang Nuzul Al-Quran je di mana pada waktu tu Al-Quran diturunkan. tapi ada satu lagi peristiwa penting yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah yang mana berlakunya Perang Badar.

Perang Badar cukup penting dalam sejarah Islam. sebabnya Perang Badar inilah yang menentukan kesinambungan dakwah Islam. perang ini juga menyaksiakan betapa tinggi iman dan taqwa para pejuang yakni para sahabat Rasulullah SAW. Badar menyaksikan pertembungan di antara kaum muslimin dan juga musyrikin yang memperlihatkan kekuatan mereka 3 kali ganda lebih daripada kaum muslimin dengan jumlah kudanya sahaja sebanyak 100 ekor.

di dalam peperangan ini, Allah telah memberikan bantuan kepada kaum muslimin. 1000 malaikat berserban telah datang membantu para sahabat menghadapi tentangan kaum musyrikin yang mana akhirnya kemenangan telah berpihak kepada kaum muslimin. 70 tentera kaum musyrikin termasuk Abu Jahal sebagai panglima terbunuh. manakala di pihak kaum muslimin hanya 14 orang yang telah mati syahid.

bayangkan betapa dengan taqwa dan iman yang tinggi, Allah akhirnya memberikan ganjaran kemenangan kepada kaum muslimin. tambahan pula, peperangan Badar berlaku di bulan Ramadhan. Rasulullah dan para sahabat redha dan cekal mengharungi ujian Allah.

tapi kita cuma berperang dengan nafsu je. tapi masih jugak gagal dalam perjuangan sendiri. macam mana nak berperang di jalan Allah kalau dugaan sekecil itu pun kita tak boleh nak handle kan? huhuhu...


marilah kita sama-sama menghayati keistimewaan yang telah diturunkan di bulan Ramadhan yang penuh nikmat ini. semoga amalan kita diterima. InsyaAllah!!!


my foot: marilah kita sama-sama beramal!!! dipermudahkanlah urusan kita hendaknya... amiiiin!!!


pic taken after browsing thru Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign