Fresh from the owner...

05 July 2010

Sudah tiba masanya untuk kamu dirawat oleh mereka yang pakar! Aku pasrah... Huhuuuu...



daripada kamu berterusan begini, lebih baik kamu ke tempat yang sepatutnya. kamu harus dirawat. sudah berminggu kamu begini. walaupun masih setia melaksanakan tugas yang telah dicipta untukmu. namun kadang-kadang kamu bengong juga.

permintaan untuk membawa kamu ke pusat rawatan yang sewajarnya akan aku penuhi. tidak tahu berapa lama masa yang akan diambil untuk merawat kamu, tapi aku akan tetap setia menunggu. mungkin kamu tidak separah mana. ataupun mungkin berlaku kecederaan dalaman sehingga aku tidak sedar akannya kerana walaupun kamu sedikit mereng, tapi kamu masih okay.

mungkin aku tidak begitu perihatin memandangkan penjagamu yang pertama tiada di sini. tapi aku ada tugas lain yang lebih penting. bukan bermaksud kamu tidak penting. tapi mereka-mereka yang memerlukan perhatian itu lebih penting daripada kamu.

kesian kamu kerana telah diabaikan. ketika itu aku terpaksa memilih. mendahulukan mereka yang lebih utama. tapi hari in, kamu akan diberi rawatan yang sewajarnya. 

nah...!!! lihat sendiri kan? aku tidak mengabaikan kamu. cuma terpaksa mengambil masa untuk membawa kamu bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.



my foot: huhuhu...



credit pic to the owner
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign