Fresh from the owner...

10 July 2010

Selamat tinggal Tanah Suci yang indah permai. Moga jumpa lagi nanti!!!


hari ni ayah aku akan sampai ke KLIA around 4pm daripada Kaherah setelah hampir dua minggu menunaikan umrah. walaupun tak dapat tunaikan haji lagi, umrah pun dah dikira bagus. dapat juga menjejakkan kaki ke Tanah Suci. nak tunggu haji tak tahu lagi bila boleh pergi kan? baik buat umrah dulu.

semua orang kalau boleh nak menghabiskan sisa-sisa nyawa terakhir kat sana. dan kemudian dikebumikan di sana. tapi sanak-saudara kat Malaysia kalau boleh biarlah meninggal di tanahair saja. boleh juga melawat bila berkesempatan.

ayah aku kata kat Mekah cuaca sangat panas. dia sampai demam-demam hari nak balik ni. mesti dia excited kan? ye la... sekian lama kumpul niat dan duit nak ke Mekah, dapat juga pergi akhirnya. bukan mudah. kalau kita jenis kaya-raya tak apa.

tapi yang kaya-raya pun bukan semua sanggup buat umrah or haji. macam mana nak pergi? busy dengan bisnes la... kena melawat ke luar negara la... macam-macam lagi. mungkin jugak ada sebahagiaannya yang belum bersedia.

takut kalau ke sana lain pulak jadinya. dibalas terus di atas dunia ni. itu yang kebanyakkan orang takut ke sana. even aku pernah dengar cerita daripada orang yang pernah pergi buat umrah ni la...

ada this one lady tiba-tiba tanya nampak Jusco tak. kat Mekah dia tanya ada Jusco ke tidak? mereng dah ke apa orang tu. orang tu kata la kat Mekah ni mana ada Jusco. tapi dia kata dia nampak Jusco tadi. rupa-rupanya dia terfikir nak shopping kat Mekah tu. patutnya lebihkan ibadat. jangan fikir shopping. dah dapat free je.

yang seorang ni pun satu juga. dia bukanlah berniat tak baik. tapi kita ni manusia memang terlintas macam-macam. masa dia nak tawaf ke apa entah, ada seorang lelaki lalu depan dia dengan jalan yang tak berapa nak elok. mungkin orang tu jalan senget-senget ke apa. terlintas dalam hati dia "orang tu jalan senget-senget la!" dalam hati je ye...

tak cakap kuat pun. tak lama mana, dia pulak yang rasa macam mana orang tu rasa. Allah bagi cash punya kat sana. huh! takut? kalau niat kita baik, insyaAllah...

"Selamat Kembali ke Malaysia dengan selamatnya... InsyaAllah!!!"


my foot: bila pulak la aku ni dapat jejakkan kaki ke sana?


pic taken from Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. aku ponn! bila lah nak dapat pi sanna.
    my rumet pi ng family balik bawak husband teros!
    allah bayar cash jugak eh? hee~

    newayy mmg sana shokk, mak aku cakp, jelshh!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign