Fresh from the owner...

12 July 2010

Saya mahu tidur kerana saya sangat mengantuk! Tidak ada kena-mengena dengan bola ye!!!




akhirnya Spain dapat jugak satu gol... itu pun lepas ada yang tersengguk-sengguk depan tv nak menunggukan gol yang satu tu. permainan dia orang aku tak tahu. cuma dengar-dengar dari dalam bilik. aku bukan peminat bola. ramalan Paul The Octopus menjadi kenyataan. hebat! hebat!

tapi bila nak ke dapur, aku tengok jugak la kejap game tu. tahu la yang mana Spain dan  yang mana Netherland. second ruang tamu kat rumah ni adalah di bahagian dapur. tempat berkumpul orang-orang yang malas nak naik tangga untuk ke ruang tamu utama di depan.


sebenarnya aku sangat mengantuk. nak update blog pun tak ada mood. semalam langsung tak berupdate blog aku kan? harharhar... semalam adalah mood cuti-cuti Malaysia. the kids were extremely happy. i was happy as well. semalam je? hari ni tak happy? hmmm...

semalam at 3 am, ayah aku sampai daripada KLIA selepas hampir 2 minggu tunaikan umrah. my dad tak berapa sihat. demam dan batuk. due to the weather i guess. dia kata cuaca sangat panas. dan betis sampai ke peha dia bengkak sebab banyak berjalan.

aku tanya jugak, ada jumpa Mike Tyson tak kat sana? dia kata tak pun. cuma dengar cakap-cakap orang je. lagi pun Mike Tyson bawak bodyguards sebab dia nak buat ibadah. bukan nak orang serbu dia time dia buat ibadah.

okay... what made the kids happy? the father came back. around 9 pm something, he called. nak mintak tolong dengan aku katanya. bila aku tanya nak tolong apa, dia kata boleh tak tolong bukak pintu dapur. selalu sangat dia balik tak bagi tahu.

macam biasa, aku dah rasa encik suami nak balik. jadik aku tanya soalan-soalan yang menjurus kepada perkara-perkara berkaitan dengan balik ni. contohnya, aku cakap la nak makan tomyam. tapi malas nak masak. sebabnya encik suami sangat suka makan tomyam. kalau dia balik mesti mintak aku buatkan dia tomyam.


ada jugak sms encik suami yang buat perasaan sudah tahu makin tahu. the bond between the husband and the wife akan buat kita tahu macam-macam tentang pasangan kita kalau kita ikhlas menerima dia seadanya dia. betul kan?

Alya tersedar masa abah dia balik. diabangun and start bercerita macam-macam. walaupun encik suami layan anaknya bercerita, aku tahu dia penat. Alya tidur dekat pukul 12 lebih jugak. itupun kena pujuk baru dia nak tidur. huhuhu...

the kids memang rindu sangat dengan abahnya!!!


my foot: anak-anak itu adalah penawar terbaik saat suka dan duka...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign