Fresh from the owner...

15 July 2010

Puasa oh Puasa!!! Kenangan bulan puasa tahun lepas tetap dalam ingatan. Huhuhu...


selalunya puasa aku ganti awal. masa Syawal lagi. siap buat puasa 6. kadang-kadang ganti je masa Syawal tu. senang. nanti tak payah nak fikir lagi pasal puasa ganti. kalau nak buat pun puasa sunat je. rajin ke? rajin la jugak.

tapi ramai jugak yang ganti puasa last minute kan? kamu tak? ala... tipu! kalau bukan tahun ni, tahun lepas-lepas mesti ada yang ganti lambat. malas nak buat awal-awal kan? macam aku sekarang ni la. liat pulak nak ganti puasa tahun lepas punya.

asalnya tahun lepas tu... ingatkan boleh la puasa penuh. tapi hajat tak kesampaian. baru je Ramadhan ke-15 dah tak boleh nak puasa. frustrated la jugak walaupun dah tahu memang takkan sempat nak habis puasa punya. sejarah pertama dah ada. sejarah kedua mungkin terjadi benda yang sama. hakikatnya memang begitulah dan memang betullah. tu la... mengata orang lagi. dah dapat faedah untuk diri sendiri. ngeee...

biasa la kan.. orang perempuan ada tempoh cuti. memang la... tapi yang ni special case sikit. puasa yang paling lama aku pernah tinggal. kenapa ye? Nur Anis Insyirah dilahirkan pada tanggal 5 September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430 H. hahaha... dah dapat jawapan kenapa kan?

second day Anis lahir


masa buat check up pun, ada senior nurse tu cakap... dah ada sejarah ni kena prepare awal-awal la. aku ingat lagi kata-kata dia... "Awak cari lagi 7 minggu la ye!" maksudnya, dia cakap lagi 7 minggu mesti bersalin punya. ye ke 7 minggu? tak ingat daa... apa yang pasti, masa scan dekat private pun doc cakap baby macam biasa. okay je. cuma jangkaan bersalin dia bertukar-tukar. tak tetap bila. kalau ikut kiraan lepas raya. tapi tak sempat pun.

mujur jugak la aku sediakan semuanya awal-awal walaupun kalau ikutkan masa tu baru nak masuk 8 bulan. Alya dan Anis adalah anak-anak premature. 8 bulan je nak duduk dalam perut ibu dia. lepas tu nak keluar dah. Anis sibuk nak sambut raya sama dengan family kecik dia ni. Alya? mungkin sebab banyak travelling kot. tapi yang pasti... Anis paling lama duduk dekat wad HTAA berbanding Alya.

hari ke-15 Ramadhan tu, aku dah rasa lain macam. daripada pagi bawak ke tengahari... rasa macam ada benda yang tak kena je. tapi tak tahu apa yang tak kena. sampai la masa aku tidurkan Alya dalam buai kat ruang tamu depan yang mana aku pun tidur jugak... tetiba je aku tersedar. macam ada bunyi 'pop'. ha... pelik tak?! aku tersedar daripada tidur pun sebab tu la.

aku ke bilik air, nak check. perasaan rasa dah lain macam ni. tapi still aku doa dalam hati, harap-harap tak seperti apa yang aku jangkakan la. kesian nak tinggalkan Alya seorang je. dah la dia masa tu baru setahun 7 bulan. kecik lagi kan? tapi disebabkan rasa tak sedap tu, aku kejutkan encik suami. bagi tahu macam air ketuban pecah je. dan apa yang aku rasa tu betullah.memang air ketuban pecah pun. tak banyak la memula tu. tapi nak make sure benda tu... aku grabbed beg yang aku dah sediakan awal-awal lagi and pesan to my sis yang kami nak ke hospital.

hari discharged... dah nak balik

berat hati nak tinggalkan Alya tapi kena tinggal juga. nak buat macam mana. dah tak ada pilihan lagi. kalau boleh bawak dia ke labour room, aku suruh encik suami bawak. hati ibu ni biasa la. walaupun nak ada yang baru, yang sulung tetap kesayangan juga. dah tentu namanya anak kan? kan? kan?



my foot: eh... belum habis cerita lagi! kejap lagi sambung. nak solat dan tidur sekejap dengan anak-anak yang tengah tidur lena ni. hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign