Fresh from the owner...

09 July 2010

Perempuan zaman sekarang memang berani... berani mati!!!



hari sebelum semalam baca berita dalam paper pasal perempuan curi kereta JPM kat Melaka kemalangan. itu kali kedua dia ditahan selepas kali pertama lari daripada ditangkap khalwat dengan ambik kereta pegawai cegah maksiat. hebat! hebat!

semalam baca berita pasal perempaun belasah bekas kekasih sebab bekas kekasih tu minta putus dan nak kahwin lain. okay... dia dah planned awal-awal nak belasah bekas kekasihnya tu je. sampai patah ye kaki lelaki tu. kalau kamu mahu baca, beritanya ada di SINI.

memang hebat perempuan-perempuan zaman sekarang. kalau berita-berita dulu, perempuan simbah asid, hempuk boyfriend dengan laptop. aduhai... kalau macam ni la punya perempuan, memang sah-sah suami akan jadi lembu dicucuk hidung sebab takut dengan isteri.

cerita lelaki pukul isteri juga biasa. dalam paper juga semalam bila mana si sumi pukul isteri yang pregnant sebab jealous si iseri berbual dengan jiran lelaki. mungkin benar itu salah isteri tapi si suami pun kena faham konsep hidup berjiran. kalau mahu tahu join la conversation tu. bukan jealous melulu.

itu bukan lelaki namanya kalau naik tangan pada isteri yang hamil. kesian dia. lelaki semacam manakah kamu? ceritanya di SINI jika kamu mahu tahu. 

ganas-ganas manusia sekarang ni. kalau tak pukul, cedera parah... kalau tak mati. tak ada tempat dalam dunia ni yang selamat. hakikatnya begitulah kan?



my foot: bersyukur kerana diberikan encik suami yang baik dan melayan je karenah anak-anak dengan isteri walaupun penat kerja. huhuhu...


credit pics to the owner nd Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign