Fresh from the owner...

14 July 2010

Maaf pada bloggers yang belum sempat aku ziarah!!!

 
aku selalu jugak ziarah teman-teman bloggers sama ada yang tinggalkan pesanan di cbox mahupun ruangan komen. tapi aku jarang dapat blogwalking sekarang. sangat susah payah untuk publish entri juga. bukan mudah nak berblogging ni.

rasa macam mahu menyumpah seranah dengan line ni. tapi sumpah seranah itu pun takkan boleh buat apa-apa. melegakan hati? tidak juga. itu cara syaitan untuk hasut kita. aku tak tahulah apa yang tidak kena dengan line si biru ni sekarang.

nak kata bil tak bayar... tiap-tiap bulan aku bayar. cuma sekali itu ajelah aku terlewat bayar dengan niat sengaja sebab terlalu sakit hati dengan servis dan line di sini. tapi sakit hati aku pun bukan jejaskan dia orang. jejaskan diri aku sendiri adalah. hahaha...

entah berapa kali aku refreshed dan entah berapa kali aku harus save setiap kali menaip setiap perenggan. sebabnya? line boleh putus tiba-tiba. kalau tak save memang naya la. kalau sempat dengan auto save tak apa juga. kalau tak?

begitu jugak kalau blogwalking. tengah-tengah loading tu tiba-tiba disconnect sedangkan front page pun tak keluar lagi. memang sabar gila la. aku refresh dan tunggu lagi untuk kesekian kalinya. bila terlalu kerap jadik, aku akan terus shutdown lappy. 

mana tahan kalau macam tu je. refresh setiap lima minit. nak loading front page pun amik masa dekat setahun. boleh pitam dan boleh keluar macam-macam perkataan dibuatnya. aku masih berusaha menziarahi walaupun secara berdikit-dikit...


my foot: entah sampai bila akan bergantung harap pada line sebegini... huhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. hoho .line tenet aku pon tgh slow gile nih .da byr ,tp x renew bandwith .haram tol .

    ReplyDelete
  2. @xazryx
    tu la kan...
    nak marah macam mana?
    hantar surat jom!!!
    hehehe...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign