Fresh from the owner...

14 July 2010

Kadang-kadang saya lupa makan nasi sebab sibuk layan minah dua orang ni...


ini bukan tipu. dah banyak kali jadik sebenarnya. bila encik suami tanya, baru teringat tak makan nasi lagi. kadang-kadang tu dah tengah malam baru sedar... aku tak makan nasi langsung hari ni rupanya. patutlah macam lapar-lapar je rasa. hahaha...

selalunya begitulah. bila dah melayan minah kecik dua orang ni, makan nasi pun boleh lupa. macam semalam aku tak makan nasi sebab kenyang melayan Anis. dia sekarang sangat suka makan. makan dan makan lagi. muka pun dah bulat.

dah makan pun... bila tengok orang lain makan, dia pun nak makan jugak lagi. nak dukung sangat sekarang  pun dah  tak berapa nak  larat. berat la Yang kecik! mana larat mahu dukung je. kalau letak dalam baby walker, kejap lagi dia buat operasi 'mengemas' la.

semalam aku buka puasa dengan makan sate 4 cucuk dan bubur kacang sikit. sebab apa sikit? Alya tertepis mangkuk bubur kacang aku tu. nasib baik tak panas. dan aku malas nak tambah baru. lagi pulak perut rasa kenyang je makan sebiji kurma dengan air masak.

sate tu ayah aku yang suruh my sis beli. untuk aku buat makan berbuka katanya sebab benda manis tak ada. usually aku rajin buat sendiri. tapi semalam dan hari-hari sebelumnya rasa malas nak masak. so, aku makan je apa yang ada ngeee... perut ni jenis tak kisah punya.

sampai kesudah aku tak makan nasi. bila entri ni ditaip, rasa macam lapar tapi macam malas nak makan nasi. boleh gitu?

harharhar... nasi oh nasi kenapa engkau mentah... macam mana aku tak mentah, kayu api basah... kayu api basah...


my foot: aku boleh makan apa je. tapi nasi tetap dihatiku!!! hehehe... tak ada diet nasi ye. cuma lupa je...


godek-godek Google Image untuk dapatkan pic nasi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. first time singgah.. comey dua orang anak akak nie. :)

    ReplyDelete
  2. @Hapiz Rahman
    terima kasih sebab datang.
    comel ek?
    mekasih juga...
    anak-anak akak ckp.
    hehehe...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign