Fresh from the owner...

16 July 2010

Jangan takik dia! Dia tak salah apa pun. Erk?! Takik? Kita berkongsi perkataan yang sama ke?


masa aku kecik-kecik dulu, selalu jugak aku tengok kejadian tu. memang kesian. tak ada perasaan langsung dia orang ni. tak baik buat dia orang macam tu. bukan salah dia orang pun. kenapa la buat dia orang sampai macam tu sekali. berdosa tahu tak?!

hah, buat kat siapa?! buat apa? ayah aku ada bela lembu dulu. sekarang pun ada. dulu lagi banyak sebab dia jadik 'pawah'. orang yang ambik upah jaga lembu. anak-anak lembu tu nanti akan jadik hak milik ayah aku. cuma mak bapaknya je milik tuan asal. kalau tak silapaku la.

sekarang ayah aku jaga lembu cucu dia. ha... jangan main-main! cucu dia pun ada lembu tahu tak?! ngeee... tu hari dia kata malas nak bela lembu lagi. jadik semua lembu dia jualkan. duit tu buat pergi umrah. tapi bila tak ada lembu dia macam bosan la pulak.

nasib baik la ada cucu dia yang nak bela lembu jugak macam Tok Abahnya. bukan anak saudara aku yang bela sendiri tapi ayah aku tu. nak occupy masa dia yang tak berapa nak banyak tu. hehehe... kalau dah biasa bela lembu tu sampai kesudahnya memang tak boleh nak lari daripada pekerjaan tu.

dulu, tuan-tuan lembu ni tak reti bahasa. ada jugak yang reti bahasa tapi lembu-lembunya memang tak reti-reti nak balik. kalau kena yang orangnya sangat tak berhati perut, dia akan takik lembu tu. tak kira la kat mana pun. belakang ke... ikut mata parang tu la kena kat mana. kesian kat lembu tu. apa la salah dia kan? ha, takik tu tetak la.

selalu jugak aku jumpa lembu tu berdarah, kena hurung dengan lalat kat bahagian luka tu. even ada yang terputus ekornya. aduhai... kejam betul la manusia ni! salah lembu tu ke? dia paham ke kalau dia masuk kebun korang dan makan apa yang korang tanam atau secara sengaja ataupun tak, merosakkan pokok-pokok bunga korang tu? dah namanya pun lembu la...

ha... nampak tak yang dalam bulatan tu?

ni lembu orang ye... bukan ayah aku punya!

aku rasa sekarang ni musim mengawan kot. lembu ni dah ada kat rumah aku for almost 3 weeks. 3 weeks okay! bukan setakat pagar yang dilanggarnya. kebun ayah aku pun habis jahanam sebab lembu ni nak jugak kejar ke lembu dara ayah aku tu. dasar jantan k***r*t. ngeee... mind your words please!!!

tuan lembu memang tak pernah nampak. tak tahu ni lembu siapa. tuan lembu ni la yang patut ditakik sebab tak reti bahasa nak carik lembu dia dan ambik bawak balik. jangan harap la lembu tu nak balik kecuali lepas musim mengawan. itu pun kalau dia ingat macam mana nak balik ke rumah tuan dia tu. hohoho...

apa yang pasti... lembu jantan ni walaupun bertanduk pendek, tapi dia sangat garang. aku belum pernah kena. tapi anak-anak buah aku sudah dikejarnya. sebab? bila dia orang cuba halau lembu ni keluar, dia naik angin la. nak ngorat tak dapat.
tuan lembu... tuan lembu. nak jadik macam lembu ni jugak ke? bukan setakat sumpah seranah yang kamu dapat. digelar lembu jugak sebab tak reti nak carik lembu sendiri. jangan bela lembu kalau tiga minggu tak balik kamu buat tak tahu je. bukan sikit yang lembu tu dah rosakkan. banyak juga! alahai....



my foot: lembu paling garang yang pernah aku jumpa adalah si Putih. sudah mati agaknya. dah berpuluh tahun pun. kalau dia ada anak kecik, jangan harap la nak tengok area-area berdekatan dengannya. dikejar kamu sehingga tidak cukup tanah untuk berlari. huhuhu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. hoh..ingat dulu waktu kecik2 suka main dekat2 ngan lembu..tapi ada sekor lembu betina ni garang jugakla sebab dia ada anak..nasib baik tak kena kejar...hehe

    ReplyDelete
  2. Hope that through the network to help more health or economic needs a friend
    Easy on the method used to help alleviate their financial burden while allowing family members restore their health,
    Through the Internet at home, you can easily understand the cause ...
    Free registry experience:
    http://sn.im/vemma_usa
    Thank you for your time reading, do not give up the chance to even know, know no loss to you!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign