Fresh from the owner...

14 July 2010

Hmmm... Apa yang ditinggalkan dia bila sudah mahu pulang ke sana?


setiap kali nak balik Johor, encik suami mesti ajak beli barang-barang keperluan. tak kiralah untuk anak-anaknya ke atau isterinya. sambil bawak anak-anak jalan-jalan, boleh la beli barang sikit. cakap je nak apa, mesti encik suami akan tunaikan. hehehe...

tapi aku ni bukanlah kejam sangat. kadang-kadang tu tak mintak pun, encik suami tetap belikan jugak. kadang-kadang tu dia marah jugak sebab aku lebihkan anak-anak daripada keperluan sendiri. tapi dah namanya ibu kan. tak kisah sangat pasal diri sendiri ni. betul tak?


fudo ni sedap. layer cake strawberry tu Alya yang makan.


fudo yang ni kureng sikit. tapi layer cake oriental sedap bangat!


yang ni untuk si manja Alya. dia pilih sendiri.


last but not least...


6 botol air hidrogen. satu encik suami dah minum separuh. satu lagi dah dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran buat ubat anak-anak...


tiap-tiap hari encik suami pesan minum air hidrogen tu banyak-banyak. anak-anak jangan lupa bagi minum. ye la... dia takut aku lupa. kadang-kadang tu tak lupa. tapi kalau dah ke dapur nak masuk bilik ambil air tu semata, sangatlah malasnya.

layer cakes tu buat makan time-time bosan. kalau tak bosan pun boleh makan juga. hehehe... itu belum lagi persediaan dia yang lain-lain. untuk Anis je tak beli apa-apa sebab dia kecik sangat lagi walaupun dia sangat teruja bila nampak kakak dia makan benda alah tu. dia mesti nak punyalah.

dan si kakak sangat baik hati. usually dia akan suapkan adiknya sikit. tapi atas pemerhatian la. sekarang ni Alya dah tahu tak boleh suap adik banyak-banyak. sikit-sikit je. ada masanya sangat sikit. huhuhu...

apa pun... terima kasih Yang untuk stok makanan ni!



my foot: kadang-kadang lupa nak makan benda yang dah dibeli kecuali jajan. kalau jajan satu malam je boleh habis. kek lapis ni mahu makan berminggu-minggu jugak untuk habis. huahuahua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. kalau saya mesti selalu lupa nak minum air..hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign