Fresh from the owner...

29 July 2010

Hasil shopping-shopping'an' semalam. Hehehe...


semalam kan aku bawak anak-anak pergi shopping beli kain pasang untuk buat baju raya. huhuhu... puasa pun belum dah sibuk nak buat baju raya kan? bulan puasa nanti memang tak ke mana dah memandangkan encik suami tak balik. kalau keluar pun untuk beli barang-barang runcit je. dalam keadaan sekarang nak bawak anak-anak susah sikit.

bukan apa... kesian kat dia orang. especially Anis. dia cepat sikit dapat sakit berbanding dengan kakaknya. berpanas sikit je semalam dah buat dia demam hari ni. alhamdulillah... dia tak meragam. cuma batuk-batuk dengan selesema je la. sama jugak macam kakaknya tu.

kat sini petang-petang je hujan. cuaca tak menentu. lagipun, sekarang ni musim kot. atoknya pun sama jugak. batuk-batuk. malam-malam boleh dengar bunyi batuk bersahut-sahutan. lepas yang ni... yang tu pulak. untuk anak-anak aku tak bagi ubat batuk dengan selesema walaupun hospial bagi ubat tu. tak mahu ajar. 

doc akan kata tak apa. dos sikit je. sesuai dengan umur dia orang. tapi kalau MA pulak suggest jangan bagi ubat. walaupun kesannya sikit, tapi budak-budak jangan bagi bergantung dengan ubat sangat. bahaya!!!

tengok la aku... nak cerita benda lain dah benda lain pulak yang aku cerita. hahaha... masa bawak Alya dengan Anis semalam... dua-dua orang tu tak la meragam pun. cuma Alya la kena kejar sikit sebab dia suka berlari sana-sini. bila belikan something untuk dia... yang dia suka dan dia pilih sendiri, senyap la kejap.

masa pilih kain pasang... Alya sibuk ajak masuk farmasi. nak air la apa la... bila masuk je... dia pilih orange tropicana twister tu. kongsi dengan adiknya. balance yang banyak tu, ibu la yang kena habiskan. lepas tu nak aiskrim padahal dah makan aiskrim dah sebelum tu. Alya sangat suka dnegan aiskrim macam aku jugak. bukan macam encik suami.

 dia makan aiskrim macam makan nasi. harharhar... kenyang kalau dapat iaskrim je. memang favorite dia. lepas akak farmasi tu cakap tak jual aiskrim, dia nak beli button pulak. dalam pada tu aku ternampak la keychain comel-comel. ada keychain croc, handbag, high heels (reminds me of dni la. mek klate tu suka sangat kasut tumit tinggi dengan handbag. kan dni kan? hehehe...), bear... macam-macam la.

rasa macam nak rembat jugak sekeping dua. hehehe... so belikan la Alya buttons dengan frame ni. semua ni dia punya okay...


 yang ni ibu punya...


my foot: itu je la yang mampu beli kalau bawak dua orang ni. hehehe... tapi seronok tengok dia orang happy je sebab di bawak berjalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. laaaa...ngatkan nak tunjuk kain pasang yg dibeli..hahah

    ReplyDelete
  2. sama pulak nak tulis dengan bionic women tu..


    memang ingatkan nak tunjuk kain tadi..


    hehehe..

    ReplyDelete
  3. yang ibu punya la best.. dni kenan :D hehe

    ReplyDelete
  4. @ BIONIC WOMEN

    kain tu rahsia...
    hehehe...

    simpan dulu..
    dah dekat nak raya baru tayang...

    ReplyDelete
  5. @ a.z.r.i.n.a.03.07

    kain pasang untuk buat baju melayu dah selamat ditempah semalam.

    anak2 dengan ibunya ni tunggu tailor balik rumah. tak balik-balik lagi ni...
    huhuhu...

    * dah jadi baju baru tunjuk..

    ReplyDelete
  6. @ ardinihumaira

    itu pun rasa nak rembat banyak lagi.
    rambang mata jap...

    dni la belajar akak seketul dua...
    ngeee...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign