Fresh from the owner...

10 July 2010

Erk?! Aku terharu sebab kerana biskut je kamu jadi begini!!!


masa study dulu banyak kenangan yang tercipta. adoii... macam lagu Shila OIM pulak da.. tapi hakikatnya memang begitu kan? kita kumpul kenangan dengan kawan-kawan. bila dah kawen kita kumpul kenangan dengan family kecik tu pulak. kenangan masa dengan kawan-kawan tu kalau imbas semula pasti menerbitkan senyum dan ketawa. betul tak?

siapa kata tak betul tu meh sini! ada kenangan pahit la masa belajar tu. ngeee... cerita ni masa semester last dekat UiTM. last semester kami dapat arahan untuk pindah ke Puncak Perdana yang jauuuhhhh ke dalam menghampiri Kuala Selangor (eh, betul ke?! sudah lupa daaa...). tapi yang pasti, tempat tu baru dibuka. kami dapat bangunan fresh la. bangunan baru, atas bukit ye. nak kata excited tu tak excited langsung.

Ya Allah... tempat tu jauh. tak ada kenderaan awam masuk ke dalam tu masa tu la. tempat elite kot. rumah nampak boleh tahan besar-besarnya. dalam kepala dok memikir macam mana la nak keluar beli-beli barang ke buat assignment ke. nampak sangat tidak memberangsangkan la kawasan tu. nak makan kena makan hostel punya makanan ye.

sebab masa tu tak ada kedai makan. kedai runcit? hostel punya ada la. kat area luar belum jumpa satu pun kedai runcit. memang mencabar la masa tu. hehehe... alamak, panjang sudah intronya. nak dijadikan cerita... my housemate (rumah ye! cantik... ada tiga bilik dan satu bilik air. ada dapur jugak. kami duduk berdua satu bilik walaupun bilik tu boleh muat tiga orang. senior la katakan. muahaha...) ni sangat suka makan biskut.


memang hantu biskut la. badan dia pun dah macam biskut! hahaha... (ana, sori! tapi sekarang dah naik berat badannya sebab dia tengah pregnant. dulu susah nak makan!) nak dapatkan biskut dalam tin kat Puncak tu jangan haraplah. biskut packing kecik-kecik ada la. ada dalam tin kot tapi bukan yang macam biasa dia makan. kalau nak biskut tu kena keluar la ke PKNS.

masa tengah-tengah sembang kat meja makan, aku perasan muka dia lain macam. banyak senyap je budak ni. masa tu dah malam. tak ada aktiviti menarik nak buat. nak keluar, duduk tingkat 5. sangat malas nak turun. jadi memerap la kita orang dalam rumah tu.

tiba-tiba aku perasan, si ana ni menangis la pulak. erk?! pesal ni? homesick ke? hehehe... homesick apanya kalau rumah kat Negeri Sembilan je. naik komuter balik pun boleh. tapi bila aku tanya, kamu tahu apa jawapannya?


"Nak makan biskut!" huahuahua... alahai Yang! biskut punya penangan pun sampai nangis-nangis kau ek? i loike!!! malam tu jugak la kita orang turun bawah and pergi ko-op untuk cari biskut. kalau tak nanti, bawak sampai ke dalam mimpi. huhuhu...

aku pun makan biskut juga tapi belum sampai mahu menangis sebab tak dapat makan biskut. she is... i think still a fan of biscuits!!! any kind will do. tapi tu kenangan yang paling aku tak boleh lupa la. kelakar pun ada. macam-macam kan?


my foot: aku makan apa yang ada. tapi bila tiba masanya nak jugak makan sodap-sodap. muahahaha...


pics taken from googling the image at Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. eh ada jugak org cmni? skg dia cmni lg tk? hihihi :P

    ReplyDelete
  2. nanti aq nak test jgak buat pendrive camtuh..haha

    ReplyDelete
  3. @hudhud
    ada!lain orang lain pulak sifat dan sikapnya kan?

    ReplyDelete
  4. @r-mean
    dah berjaya kasi sama saya satu ok?
    jangan guna biskut betul dah la...
    tak pasal-pasal je nanti...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Baru ari nih terbaca.. Macam hampeh jer citer nih.... muahahhaha
    sekarang nih stok biskut sentias aada.. Sekarang Naufal lak suke makan biskut.. muakekkee

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign