Fresh from the owner...

07 July 2010

Dua orang budak kecik ni cukup untuk buatkan saya kurus kering!!! Huhuhu...


dua-dua budak kecik ni kena flu, cough dan juga demam. dua-dua tak tidur lena waktu malam. sebabnya hidung tersumbat. lepas tu batuk. bila demam lagi la rasa tak selesa. lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi. dan kedua-duanya kalau demam je mesti muntah. sekali tu mesti ada la. especially Anis. kena jaga sentiasa.

dah dua tiga malam jugak la aku kena ikut style tidur budak kecik dua orang ni. sampai sakit-sakit badan dibuatnya. tapi ada aku kisah? hahaha... layan saja la karenah dia orang ni. nak pusing satu katil pun, ikut sajalah. janji tak meragam.


waktu siang sangat aktif. mana ada masa nak meragam-ragam ni. main pun macam biasa jugak. tapi bila masuk petang nak bawak ke malam, mula la masing-masing. Alya jarang buat perangai sebab dia jarang sakit. cuma bila dah sakit, meragam dia lebih sikit.

Anis selalu sangat kena flu dengan demam. jadik dia memang meragam sentiasa la. bila dah pandai serba-serbi ni lagi la. semua jadik tak betul, tak selesa pada dia. masa 3 ke 4 bulan dulu mana ada meragam-ragam. dah terlebih besar ni je pandai sangat dia.

ini aksi-aksi si kecik berdua bila masuk bilik. konon-kononny nak bawak untuk tidurkan dia orang la. sebelum tidur tu, kakak dengan adik main-main dulu. kalau ada encik suami, encik suami la yang melayan sebelum aku ambik untuk tidurkan dia orang. 

 macam-macam la dia orang ni...

adik kasi lanyak sama kakak...

  suka adik bila ada orang melayan. kakak memang suka layan adik. ngeee...

 a good night kiss sebelum tidur.


dua-dua si kecik saya ni memang lasak. sebelum tidur dia orang akan main-main dulu. tapi kalau dah tengah malam tu, meragam la. especially kalau ada yang sakit. masa encik suami ada, dia bantu juga walaupun anak-anak tu tak berapa mahu dengan dia.

sekarang ni aku handle sendiri je. kadang-kadang anak-anak nak dengan abahnya kalau sakit. tapi selalunya tak mahulah. cuma masa bawak Anis ke HTAA untuk rawatan susulan tu, anak-anak semua nak dengan abahnya. tak payah dioffer, anak-anak akan offer diri sendiri. hehehe...

rindu kot sebab dapat jumpa pun sebulan sekali je. kalau tak dulu, awal-awal pagi dapat tengok muka abahnya. sekarang ni cuma dengar suara je. kesian juga. semalam lepas Alya muntah, dia cakap "Alya nak abah!"

aduhai... mane nak carik abah tengah-tengah malam tu Yang! aku called je encik suami. tapi aku tahu dia sedih jugak sebab anak-anak sakit and he wasn't able to help and console the kids. what to do!!!

pagi ni pun Alya panggil "Abah!"... alahai, kesiannya! tapi nak buat macam mana?! untuk dapatkan sesuatu kena korbankan sesuatu (bukan korbankan anak-anak ye! huhuhu...) and i think, the kiddos miss their father so damn much la. sama macam ibunya (opsss... terlanjur sudah bah!!! muahaha...).


my foot: life is like a roller coaster. sometimes you are on the top, the next... you'll be at the bottom. but that's the sweetest thing about it because we learn something from it and then try to fix it.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Wahhh....saya suke baby. Suke layan kerenah budak kecik. Kalau ade kenduri ke, saya lah tukang jage budak-budak kecik...hehehhe


    Agaknya sebab xde sedare-sedare yang sebaye dan lelaki x ramai...semuanya perempuaan ;)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign