Fresh from the owner...

07 August 2010

Domain oh domain! Kenapalah kau buat aku begini. Huhuhu...



sebelum ni aku ada cerita pasal domain kan? ceh... macam berlagak la pulak ada domain sendiri kan?! sebenarnya domain ni dah existed  end of last year. encik suami yang beli. mula-mula beli hari tu dia ada cakap untuk aku gunakan. nak berblog ke apa ke, ikut suka la... tapi aku tak ambik port sangat. dah tak reti nak guna kan? ngeee...

tapi lama-lama fikir, sayang la pulak. domain dah ada tapi tak guna. bulan 12 ni nak expired. lagi berapa bulan tu? encik suami kata, kalau aku guna domain ni, dia akan sambung bayar la. tapi kalau tak guna buat apa nak sambung bayar lagi kan? buat bazir duit je. lagi pulak, dah ada domain ni pandai-pandai la guna. rugi la pulak rasa.

hasrat nak tukar blogspot ni ke domain sendiri pun dah lama. affanruslan ada ajar cara-cara nak transfered blog daripada blogspot ke domain sendiri. thanks bro!!! masa cuba hari tu memang ada je yang tak kena. macam nak enter blog lain yang baru ada domain sendiri. kejap-kejap problem loading. mungkin Google tengah ambik masa nak recognise domain kot.

to make sure everything goes smoothly and as plan... aku contact sendiri dengan staff di NetKL. very helpful la dia orang. dah tentu aku akses guna akaun encik suami sebab dia yang beli kan. ngee... masa tanya-tanya encik suami, dia suruh aku handle sendiri dengan orang-orang di NetKL. ala... aku ke? sayangkan domain tu, aku contact jugak la sendiri.

sekarang ni, aku tengah cuba guna domain sendiri ni la. hopefully semuanya okay-okay saja. ni pun dah dapat bantuan daripada staff di NetKL lagi. kalau ada siapa-siapa yang nak ada domain sendiri, boleh la ke NetKL. ada jugak yang pilih serverfreak. ikut kehendak sendiri la.


my foot: masih belajar tentang domain and cpanel dan stuff di dalamnya... huhuhu... orang lain sudah maju, aku masih terkedek-kedek!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign