Fresh from the owner...

29 July 2010

Berperang dengan line untuk bolehkan post entri ini. Ngeee...


hahaha... memang kelakar la aku ni. aku rasa geram dengan line ni sampai rasa nak hempuk-hempuk modem. walaupun aku tahu bukan salah dia tapi geram punya pasal belasah aje la. mental ke? bukan!!! terapi untuk diri sendiri. cara melampiaskan rasa geram.

okay la tu. at least aku tak apa-apakan laptop ni. paling kuat pun modem je rosak. ganti baru. sim kad masih elok. ngeee... cantik ke aku nak beli modem baru? daripada beli modem baru baik bayar hutang-piutang yang tertunggak tu. tak pun shopping raya kan?

hari ni line masih macam tu. tak sempat nak called center si biru. semalam sangat sibuk carik kain pasang untuk si kecik dua orang ni including the father punya kain jugak. plan asal nak pakai baju masa sambut menantu dulu-dulu tu.

tak berkesempatan nak ambik gambar masa sambut menantu. baju pun elok lagi. warna pun aku suka. warna biji kundang. tapi nak carik macthing color yang sama untuk anak-anak la susah sikit. encik suami suruh beli lain. ikut kan aje la.

ingat nak ambik merah tapi my sis kata tahun ni nak pakai merah jugak. malas nak sama color, nak carik biru firus... macam malas. last-last jumpa satu kain tu. cinta pandang pertama. memang tak fikir panajng terus ambik minta dia potong after tawar-menawar baik punya.

mathcing dengan kain tu kain warna polos yang akan digunakan untuk buat baju melayu encik suami. aku sokka!!! sangat suka. siap carik tudung untuk matchingkan dengan kain tu tapi tudung tu pendek la pulak. tutup bahagian dada je. aku pulak suka tudung yang labuh sikit. ala-ala ustazah gitu... tunggu encik suami la ek?!

aktiviti semalam selain beli kain, jengah-jengah tingkap untuk tengok baju anak-anak yang dua orang ni. so nanti tunjuk je kat encik suami mana yang berkenan. dia belikan la tu nanti. hehehe... untuk anak-anak dia juga. lagi pun encik suami memang suka belikan untuk anak-anak. untuk ibunya???

selalunya jugak aku tolak. biar dulukan anak-anak baru aku fikir pasal aku pulak. dan encik suami akan berleter panjang la jugak. untuk anak-anak lain. untuk ibunya lain la pulak. tapi untuk encik suami??? selalunya aku yang belikan untuk dia. nak harap dia beli sendiri? tak ada maknanya.

sebabnya? dia dah dulukan anak-anak dengan isteri. untuk dia belakang kira. kalau aku tak jaga dia, siapa lagi nak jaga kan? hahaha...



my foot: entah boleh ke tidak post entri yang tak ada gambar ni. ngeee... kain tu color kusam. dah jadik baju baru i upload picturenya okeh?! ini line sangat sengal la. susah mau upload pic ooo...!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. salam..
    bestnya dah bershopping sakan untuk raya. kitorg kat sini tak taulah nak shopping apanya.. ntah2 kuih raya pun x buat.. huwaaa... sedihnya mengenang nsib beraya diperantauan..

    ReplyDelete
  2. dni ni kak, dah naik semangat nak buat tart nenas hik3 :D


    p/s: malam tadi tenet dni meroyan. bukan line jem.. tapi asik kua -------------------> no device. lagi saket jiwa raga huhu

    ReplyDelete
  3. @ BUNGA

    belum sakan lagi.
    next week baru boleh shopping sebab bulan puasa encik suami tak balik.
    tunggu raya baru dia balik.
    huhuhu...

    raya di mana pun sama.
    cuma suasana je berbeza.
    uwaaa...

    *tumpang sedih...

    ReplyDelete
  4. @ ardinihumaira

    boleh pos kat akak sikit la..
    air tangan orang berdarah manis ni...
    mesti manis tart nenas tu..

    hehehe...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign