Fresh from the owner...

24 July 2010

Benarkah Sehati Berdansa itu ada badi? Atau ia satu terapi?



terbaca kat blog beautifulnara pasal Sehati Berdansa ni. ye la... dah enam pasangan yang turut serta dalam program tu bercerai. katanya program tu ada badi. siapa yang masuk mesti bercerai. walaupun bukan semua tapi segelintirnya begitulah.

betul ke? buat apalah nak salahkan program tu ye tak? bukan dia yang tentukan pasangan tu bercerai ke tidak ke. kebetulan dia orang masuk dan beberapa bulan kemudian bercerai. nak buat macam mana. dah takdir Allah... terima sajalah dengan redha.

kalau kita fikir-fikir, Sehati Berdansa tu bolehlah dianggap sebagai tempat untuk kaunseling atau terapi kepada pasangan yang masuk bertanding. mula-mula dulu aku pun mungkin kata badi. tapi datang la pulak akal fikiran waras ni.

kenapa aku kata Sehati Berdansa tu pusat kaunseling? macam ni la... pasangan yang turut serta bertanding tu mungkin daripada mula dah ada masalah tapi kita tak tahu. bila dapat turut serta, dia orang kena la terima atau dalam fikiran dia orang (my opinion okay!!! hehehe...) boleh solve or merapatkan kembali apa yang renggang.

kena menari berdua tu menuntut kerjasama atau lebih daripada tu. ingat senang ke? kalau dah ada masalah... jangankan nak tengok muka, nak cakap pun dah rasa menyampah. konon-konon masuk Sehati Berdansa boleh merapatkan apa yang renggang tapi tak jalan jugak. sama la macam pergi kaunseling kat pejabat kadi.

dah cuba pun tak boleh jugak. in the end, bercerai tu lebih baik kalau ia boleh mengelakkan rasa menyampah dan benci di antara satu sama lain. at least, anak-anak tak jadik mangsa. sebabnya parens bercerai secara baik. memang sedih tapi apa boleh buat. sudah ketentuan Ilahi.

jadi jangan la kata Sehati Berdansa tu badi walaupun pengacaranya dua-dua tak jadi. dah tak ada jodoh. seru-seru pun tak sampai jugak. apa yang penting... jangan masam-masam muka kat belakang. benda dah lepas, jangan kenang lagi la...


my foot: boleh jadi juga teori aku tu betul kan? muahaha...


pic telah di google di Google Image


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. ramai yang fikir macam tu kan kak ;)

    ReplyDelete
  2. ini pendapat sy:
    bagi Keyyah, progrm itu xda badi pun.. cuma komitmen yg mereka ptt berikan m'buatkan hubungn yg dah renggang menjadi semakin renggang..bukan senang untuk dorg menjadi penari..siap menangis, bertengkar, merajuk n mcm2 lg ms sesi latihan..

    ReplyDelete
  3. @ ardinihumaira

    tu la..
    mula-mula fikir macam tu jugak.
    tapi fikiran tu terlupus dengan akal yang waras ni..

    hehehe...

    ReplyDelete
  4. @ Zairie Husin

    jangan difikirin!!!

    ReplyDelete
  5. @ Keyyah

    betul la tu...
    macam amazing race la jugak..
    masa tu baru nampak pasangan ni serba tak betul...
    kan???

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign