Fresh from the owner...

18 July 2010

Apa kenalah dengan kamu ni? Tidakkah ada rasa simpatimu padaku? Huhuhu...


daripada semalam dok try nak post entri baru. selalunya macam tu la. bila nak post entri je, internet akan jadik bengong, lembab tahap siput sedut. hangin? dah biasa sangat kan dengar pasal tu. orang pun kalau boleh dah malas nak tahu. tapi kamu kena tahu jugak. ni pasal perasaan ni. kamu tak kesian ke dengan aku? huhuhu...

oh, okay!!! kamu pun sama macam aku juga ke? kesian kita kan? diperkotak-kotakkan dengan janji palsu, hampeh pihak itu. jangan tanya berapa kali aku refresh. nanti aku refresh kamu jadik macam feel fresh. harharhar...


bukan setakat loading je lembab nak mam.... okay, sori untuk perkataan yang tidak sepatutnya itu. nak taip entri ni rasa macam ambik masa berkurun. berpeluh aku nak habiskan entri yang pendek ni tahu tak?

jangan harap la nak upload gambar sekali dalam ni. baik kamu upload diri kamu yang sebenarnya tu supaya mereka-mereka itu tahu betapa bengangnya kamu dan juga aku. marilah kita bersama-sama pergi jumpa menteri Komunikasi dan mulmtimedia Malaysia. ayuh... kita adukan saja masalah kita ini. muahahaha... biar mereka tahu kita berkuasa!!!


okay!!! in your dreams... tapi betul kan? kalau kita buat aduan, mesti ada tindakan yang akan diambil macam yang beliau pernah cakap pasal astro. sesiapa rasa tak puas hati pasal astro boleh hantar surat komplen dan dia orang akan buat tindakan susulan.

astro pun dah banyak iklan mengalahkan channel-channel yang tak berbayar tu. terminate channel pun sesuka hati jugak. siapa ada email atau alamat suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia? mahu hantar surat aduan la. ngeee... setuju kamu???



my foot: dear tuan... saya menyampah dengan tuan sebab tuan pun cakap je lebih tapi tak ada respon jugak pada surat dan aduan saya. auta la tuan ni... opsss... itu cuma karangan dalam kemarahan!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign