Fresh from the owner...

13 July 2010

Alamak, kat belah mana signal ni?! Adoiyai... berdebar jantung saya kejap!!!



hari tu bawak kereta myvi. sebelum ni tengok je orang bawak. tak pernah naik kot dan tak pernah terpikir pun nak drive. my sis-in-law ada jugak terfikir nak suruh aku bawak. tapi kebetulan malam tu tak ada orang tengok anak-anaknya. aku la jadik babysitter and dia la yang keluar bawak my mom-in-law pergi beli barang. hehehe...

kebetulan hari yang ayah aku balik daripada umrah tu, dia nak makan nasi dagang. encik suami pulak tidur sebab kepenatan. my sis ajak aku pergi beli nasi dagang kat bandar. meaning aku kena drive la. yang ada masa tu cuma myvi je (macam la ada banyak kereta pun kan? muahaha...).

disebabkan kereta tu auot, aku tak ada hal la nak drive pun. masa mula-mula masuk dalam myvi tu... dalam hati terdetik la pulak... luas jugak bahagian depan ni. cuma seat tu a bit tinggi dengan gear dan jugak hand break.

aku test dulu la. signal check. erk, signal belah mana ni? ha... belah kanan ye! bukan macam Waja. kalau Waja belah kiri. aku dah biasa dengan Waja. kalau signal belah kanan, mula la. meraban je nanti. tak ke naya kalau macam tu?

masa nak reverse, sensor kereta tu dok berbunyi je. ala... bising betul la. bukan aku tak nampak apa yang ada kat belakang tu. kata encik suami, sensor dia memang untuk detect benda yang jaraknya still jauh. berapa km agaknya dia sense ada object kat belakang tu, aku pun tak tahu.


dah drive, rasa sedap pulak bawak. smooth je. wah... ni yang rasa macam nak myvi ni!encik suami myvi LE satu untuk saya ye?! dazzling red! ngeee... walau apa pun, aku tetap pilih Waja la sebab itu kereta pertama yang aku dapat encik suami bagi. dan itu jugalah kereta yang aku bawak ke sana-sini tanpa ragu. huhuu...

okay la. masa drive tu... my sis ingatkan beli kuih untuk si kecik Anis. tengah bawak sedap-sedap ni. tak teringat pulak depan tu ada simpang. bila kena tegur, meraban jugak aku mencari signal. dah pegang sebelah kri ni. nasib baik sedar yang aku drive tu bukan Waja.

alahai... dah betul-betul nak sampai simpang baru aku tekan signal. gelabah puyuh punya pasal sebab tak jumpa signal daripada awal. kehkehkeh... berdebar jugak la si jantung hati ni. nasib baik bila tengok belakang tak ada kereta yang dekat. ada pun jauh sangat lagi la. alhamdulillah... selamat!!!


tak semua kereta sama. walaupun kita rasa kita dah pandai... tapi kadang-kadang tu tak 100% pandai juga. mujur jugak aku tak rasakan diri aku ni pandai mana bab-bab kereta ni. kalau tak pulang paku buah keras la nampak gayanya. huahuahua...



my foot: mahu mantapkan skill manual tapi tak mahu beli kereta manual. macam mana tu?

credit pic to the owner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Biasa memang kat kanan kn? huhu..kat kiri signal xselesa..

    Post-post baru faiz!
    Newbie pun boleh dapat trafik
    Tutorial untuk download tegar
    Tutorial menggunakan torrent

    ReplyDelete
  2. hahah .tu la .kadang2 terbiasa kanan ,tp sbnrny signal kiri .huhu .

    ReplyDelete
  3. @faiz
    tengok kereta jgk..
    kalau Waja sebelah kiri.
    dah biasa kiri bila tukar kanan macam sengal sikit la.
    hahaha...

    ReplyDelete
  4. @xazryx
    tu la...
    bila dah terbiasa kiri kena tukar kanan jadik lupa pulak...

    harharhar...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign