Fresh from the owner...

04 July 2010

Ajarlah Alya...


si kecik ini baru je balik daripada kenduri tadi. risau jugak nak lepaskan dia pergi. tapi mengenangkan sepupu-sepupunya ramai, aku biarkan jugaklah dia pergi. bukan apa, takut dalam kereta dia menangis nak balik. pernah jadi. bukan tak pernah. pernah jugak dia ikut orang berjalan dia tanya, "Ibu mana ibu?"

kalau tempat dekat tak apalah. boleh la orang hantar balik rumah semula. kalau dah rumah tu jauh? tapi tadi dia yang nak ikut. sebab dia sampai merajuk nak ikut orang, aku biarkan je la dia pergi. lagi pun my sister was there.

alhamdulillah... balik je dari kenduri, my sis kata dia okay-okay je. cuma a bit mengganas. dia geram kot dengan baby tu sebab tu dia cubit. alahai... anak!!!

tapi dalam kereta my sis kata mulut dia la bising. bertanya itu ini. memang dia macam tu. jangankan bapa saudara dia... dengan abah dia pun dia akan bertanya. kadang-kadang tu dia bercerita. tak kira la apa cerita sekalipun.

sekarang ni kalau mintak dia baca ABC, alif ba ta or count... dia jadik macam malas. kalau kita dah tak nak kawan dengan dia, dia akan cakap, "Ajar la Alya!" huhuhu... nak marah ke kalau dia kata macam tu. mulut dia memang...

kalau aku nak cepat and dia pulak macam terkedek-kedek, aku akan cakap dengan dia, "Kakak Alya cepat la sikit!" nak tahu dia balas apa kalau aku cakap macam tu? hmmmm... dengan muka selamba dia akan balas, "Nak cepat la ni!"

grrrr.... hahaha... memang dia petah bercakap. bercakap je kerjanya. tak kira apa. mak saudara dia bengang kalau kita cakap sepatah, dia menjawab style dia la. budak-budak. tapi geram tu tetap geram jugak!!! hahaha...


my foot: biar la kepetahan dia tu untuk benda yang baik-baik je. amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign