Fresh from the owner...

29 June 2010

Terima kasih ye!!! Buat susah-susah je...

candid piccas between the father and his daughter...


ada kejadian sebelum bawa Anis untuk checked up. kebetulan hari tu hari rabu and encik suami sepatutnya kerja. Johor  ke Pahang walaupun sebelah-menyebelah je tetap makan masa 3 ke 4 jam juga. tetap penat! sebab aku dah biasa bawa ulang-alik la aku kata macam tu. lagi kan pulak masa tu pregnant. bulan puasa lagi.

ni kan pula encik suami yang kerjanya selalu habis around 7pm. aku tak kisah pun bawa anak-anak sendiri jumpa doc. tak ada la mengeluh ke apa ke. okay je. bukannya susah pun. even my father pun siap nak temankan takut aku tak boleh nak handle si kecik yang tengah nak mem'buas' tu.

bila encik suami sms bagi tahu dia nak keluar dengan kawan, dalam hati ni terdetik lagi. lepas tu malam tu langsung tak ada sms lagi bagitau dia dah sampai rumah ke belum ke. lagi la ada satu perasaan ni.

so, early in the morning (pagi nak ke HTAA tu)... aku sms dia tanya dah sampai rumah ke? dah tak ada sms kena la juga tanya. encik suami replied secara pantas. wah... tak tidur ke?! tapi disebabkan ada satu perasaan yang kuat, aku macam terdetik nak sms to encik suami. nak tanya nak pakai baju mana pagi ni. tapi tak tersend pulak sms tu. takut nanti dia kata putih aku mula fikir lain pulak. hehehe...


rindu sangat dengan anaknya tu...


tapi kalau melibatkan encik suami mesti betul tekaan aku la. he called at 5.45 am. mintak tolong buka pintu pagar. kan aku dah kata... dia mesti balik punya la. macam biasa la, dia nak buat surprise. tu yang dia tak bagi tahu nak balik.

lagi satu... dia kata tak sampai hati biarkan aku dengan anak-anak je pergi. bukan dia tak boleh cuti. boleh sangat. tapi aku la yang tak bagi. takut dan kesian sebab penat. balik kerja terus nak balik sini. pagi tu dah nak bawa anak-anak ke HTAA pulak. petang dah kena bergegas balik Johor. masa bila nak rehat?

dia cakap tak apa. as long as anak-anak dengan isteri happy, dia dah cukup happy jugak buat semua benda tu.

tapi apa pun, aku berterima kasih sebab encik suami sanggup balik walaupun penat. walaupun aku cakap dengan dia tak payah la balik. benda kecik je. aku boleh settle sendiri. tapi dia cakap apa guna dia jadi ketua keluarga kalau benda kecik macam tu pun dia tak boleh handle.

huhuhu...
aku benar-benar terharu!


my foot: maaf ye! donashi tak ada. tak sempat beli sebab encik suami pergi big apple pukul 8pm. donashi sampai 7pm je. ngeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. @ princeduyong

    insyaAllah...
    mencuba sebaik mungkin...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign