Fresh from the owner...

28 June 2010

Satu untuk ramai... Hah?!


ini basikal Alya ye. seperti mana yang dia nak. color pink gitu.encik suami yang belikan untuk anak manjanya ni bulan lepas.

malam sabtu yang encik suami buat surprise tu. kalau tidak tahu entrinya di sini. (itu pun kalau nak baca! hehehe...) masa sambut encik suami balik,  aku ada nampak basikal ni kat seat belakang. bila aku tanyakan, dia cakap beli untuk Alya. cuma aku pesan jangan bawa naik dulu.

tunggu esok je la. kalau bawa naik pun, Alya bukan boleh main basikal ni sebab dia dah tidur. esoknya, bila dia bangun, aku suruh dia jenguk tingkap. aku tanya dia nampak tak apa dalam kereta tu.

dengan senyum lebar, dia cakap... "Basikal Alya!". dia masuk bilik, kejutkan abah dia, minta ambilkan basikalnya tu. dia nak main katanya. sangat excited sebab dia nampak basikal tu color pink seperti mana yang dia selalu pesan kat abah dia tiap kali abahnya telefon.

huhuhu... basikal tu bukan Alya je main. abang-abang sepupu dia, kakak-kakak sepupunya pun sama sibuk. kalau umur 4 tahun ke bawah tu, aku fahamlah. benda baru. tapi kalau yang main tu umur 6 - 7 tahun ke atas... memang saja la.

masing-masing ada basikal sendiri. masa dapat tu, bukan main 'kekwat' lagi. tapi dah namanya budak-budak kan? ada masa dia faham. ada masa buat-buat tak faham.



my foot: ramai sangat tukang ride. kadang-kadang mengamuk jugak si Alya tu. ada masa dia tak kisah pun. dan dia sudah pandai kayuh basikal ni. waaa.... cepat belajar makcik kecik ni!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Mcm mana kalau binatang ada Facebook ??? :P

    ReplyDelete
  2. anak aku tak pandai kayuh lagi sebab jarang naik...errr salam tuan rumah...

    ReplyDelete
  3. Awww! Dapat bayangkan muka excited Alya =] How lucky are you, dapat anak secomel ni...

    (http://ohmonstar.blogspot.com)

    ReplyDelete
  4. @ baincardin

    tu la..
    macam mana kan?
    hehehe...

    ReplyDelete
  5. @ e5

    wslm... mekasih sudi singgah.
    alya pun jarang naik basikal tu.
    bila ada orang naik baru la dia sama sibuk.

    kebetulan ari tu tengok basikal tu bergerak ke depan.siapa yang tolak sedangkan sebelum ni orang yang tolak dia dengan basikal tu.

    bila perhati, dia kayuh sendiri rupanya.
    huhuhu...

    ReplyDelete
  6. @ Khairunnisa'

    budak-budak dapat something memang excited kan?
    namapak polos dengan jujur je mukanya.
    especially kalau benda tu dia memang nak sangat.

    mekasih sebab kata Alya comel...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign