Fresh from the owner...

15 June 2010

Katakanlah dan hargailah...



Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya.

Gadis : Perlahankanlah sikit moto ni Saya takut la..
 Lelaki : Tak nak. Bawa laju-laju macam ni la seronok.
Gadis : Tak..tak seronok pun..tolonglah..saya takut sangat nie..
Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motosikal ni... awak kena kata, awak cintakan saya dulu.
Gadis : Ok. Saya cintakan awak!
Lelaki : Ok..sekarang peluk saya kuat-kuat.

* Si Gadis Memeluk Lelaki tadi dengan erat *

Lelaki : Awak..boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya tak?? Kemudian pakaikan kat awak. Saya rasa tak selesa lah.

Dalam surat khabar keesokkan harinya :

Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek. Mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah sepasang kekasih, dan hanya satu daripada mereka terselamat.

Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si lelaki telah mendapati yang brek motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu. Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan "Saya cintakan awak!" dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya. Dia juga memberikan topi keledarnya kepada Si gadis mengharapkan agar kekasihnya itu selamat, walaupun itu bererti dia yang akan terkorban.

Jadi sekiranya anda ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda cintakannya hari ini.

Semoga kita masih punya waktu untuk mengucapkannya.


my foot: hakikatnya, ada yang mungkin mengatakan 'tidak mengapa, dia pasti tahu aku sayangkan dia' sehinggalah apabila tiba waktunya... rasa menyesal itu tiba kerana tidak pernah mengungkap rasa sayang itu kepadanya. tak kiralah siapa pun orang tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign