Fresh from the owner...

07 June 2010

Memang bercuti dan sakit hati... erk?!


erk?! apa kena mengena pulak dengan pic ni?

memang tak update blog untuk dua hari. tak sempat nak update. aku bercuti la untuk dua hari tu daripada update blog. huhuhu... the truth is... on Saturday tu aku telah diserang. diserang sakit hati kepala daa... dah lama jugak tak kena migrain sebegitu. tapi ada juga aku gagahkan diri untuk buat sendiri. sebelum sakitnya memaksa aku untuk baring saja. bertakafur dalam gelap dengan suasana sedikit sunyi.

anak-anak sangat memahami. Alya siap dodikan aku tidur. hehehe... kesian kat ibu katanya.Anis macam biasalah. kurang  meragam kecualilah kalau dia demam. ini baru on laptop lepas bercuti dua hari. kepala masih pusing tapi okay la. kalau kena migrain macam ni memang payah. pagi tu rasa sakit-sakit sebelah kepala je. bila merebak ke tengah dan rasa senak kat hidung, aku tahu mesti teruk kena. sebabnya migrain macam ni akan buat kita rasa loya sentiasa.


bila bangun je mata rasa berpinar. sakitnya mencucuk-cucuk. bunyi bising memang buat lagi sakit kepala. cahaya pun akan buat kepala kita sakit. sebab tu kalau kena migrain, aku elakkan bunyi bising dan cahaya. kalau tak... memang lambat nak pulih. tapi dah ada anak-anak ni aku try setkan dalam mind, bising anak-anak tak apa. jadi kalau anak-anak nak apa-apa sekali pun, still boleh layan.

kebetulan pulak, bila bagi susu kat anis malam tu, dia tidur terus. Alya pun sama. so... aku ambik la peluang tu untuk rehatkan diri jugak. memang tidur sama dengan dia orang. katil pun tak sempat nak kemas. tidur dalam keadaan seadanya. dalam pukul 10 lebih tu, sakitnya dah berkurangan. baru boleh bangun makan segala. selalunya pun begitulah. kalau daripada pagi kena, nak tengah malam baru ok. kalau petang... esoknya after tidur... baru rasa lega. huhuhuhh...



my foot: mungkin jugak ini penangan nescafe. tak minum langsung for 2 days. kena stop minum nescafe sebab kalau minum nanti sakit kepala. ngeee... selalunya begitulah!!!



pics credit to Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign