Fresh from the owner...

26 June 2010

Keranamu Naruto Shippuden!!!


anime ni dah lama ada kat TV3. dulu aku baca dalam majalah apa entah pasal Naruto musang berekor 9 ni. tak lama lepas tu keluar kat tv. mula-mula dulu, TV3 siarkan setiap Khamis 7.30 malam. sekarang ni sudah tukar ke hari Jumaat 7 malam la pulak. time nak azan maghrib... time tu la budak-budak ni nak tengok tv. (erk... aku pun tengok jugak la!!! huhuhu...)

semalam anak-anak buah berebut tv dengan auntnya. budak-budak lelaki dah tentulah nak tengok Naruto. yang perempuan menyokong mak sedara merangkap ibu dia orang nak tengok Benci Bilang Cinta. aku? aku sokong budak-budak lelaki walaupun semalam just tengok je gelagat dia orang. ngeee...

tapi bila melibatkan orang besar... dah tentu la kalah bebudak lelaki ni. kesian jugak aku tengok dia orang tu. tapi aku malas nak campur la. nak jadi pemerhati je. kalau the big boss was there (ayah aku la!) dan tentu dapat dia orang tengok Naruto tu. tapi kebetulan orang tua tu tak ada semalam.

tapi part yang kelakarnya tu, salah seorang anak buaha ku ni menangis la pulak sebab tak dapat tengok Naruto je. adoyai... pasal Naruto pun mau nangis ka?! huahuahua...

hebat tak hebat penangan Naruto tu kan? sanggup tak miss episod. sanggup nangis demi Naruto. apa la dia orang ni.


my foot: aku pun tengok kalau kebetulan ada kat depan tv. kalau tak... tak tengok juga. okay je! tak ada nangis-nangis pun. hehehe...


pic credit to Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. huhu...sye pon suke gak tengok naruto ni...best..

    ReplyDelete
  2. @ ❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤

    memang best kan?
    encik suami saya pun selalu tegur kalau saya tengok kartun.
    ngeee...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign