Fresh from the owner...

24 June 2010

Kembar ke? Erk...!!! Nampak macam kembar ke?


bukan sekali dua. tapi dah banyak kali jadi. kalau bawak si berdua ni keluar... mesti ada yang pandang dua tiga kali. especially kalau aku pakaikan dia orang baju yang sama. lepas tu ada la yang bertanya.

hahaha... kadang-kadang aku senyum je. sebabny ada yang tak tanya aku tapi tanya sesama dia orang. takkan aku nak pergi sampuk perbualan dia orang secara tiba-tiba kan? dah la tak kenal, nak menyampuk pulak.

semalam, aku pakaikan Alya dan Anis baju ini. kalau ikut pada size badan... Anis besar sikit berbanding dengan kakaknya. Alya dah besar dan tinggi sikit. mungkin tu jugak sebabnya kenapa orang suka bertanya kot. aku pun tak tahu la.

masa tengah tunggu turn untuk ambik nombor, ada la seorang lady ni. dia tanya aku... "Kembar ke?" hahaha... aku cakap, "Tak la. setahun sorang." dia cakap... "Nampak macam kembar!" huhuhu... nampak macam kembar ke?

kemudian masuk pulak orang lain. aku dengar jugak dia tanya... "Eh, kembar ke?!" hmmm... selalu sangat dah dengar. aku dengan encik suami pandang satu sama lain. tak tahu kat mana kembarnya dia orang ni. kalau Anis, dah sah-sah kena dukung je sebab tak boleh jalan lagi.

tapi Alya dah siap melompat, bercakap segala. aku pun jadi confuse. kenapa orang boleh kata kembar. kalau ke pediatrik tu orang kata kembar... mungkin la aku boleh terima sikit.

mungkin dia ingat Anis ada problem dan Alya normal. klinik tu kan untuk kids and babies yang ada problem. tak kira la apa jenis problem pun. macam-macam boleh tengok kalau ke situ. dan alhamdulillah... perkembangan Anis according tu docs, okay je!

* next appointment will be... err... 6 months from now! *


my foot: ada seorang budak hyper semalam. lelaki. dia hentam pukul semua orang including me and encik suami. kami orang besar lain la. tapi yang kesiannya seorang budak perempuan tu. menangis dia kena pukul. aduhai... parents, dah tahu anak macam tu tengok-tengokkan la. tak pasal-pasal kena cepuk budak perempuan tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Lama dah Bain tak eksperimen HDR. Jom layan HDR! ^_^

    ReplyDelete
  2. hi..1st time dtg cni..tak macam kembar..tp cz pki bj sama nmpkla cm kembar..hehe..:)

    ReplyDelete
  3. macam danish n danial tu pun ada org kata kembar sebab selalu pakai baju sama ...hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh... cam chumel jek ada anak setahun sorg.. mesti penat nak jaga kan?

    ReplyDelete
  5. @SaRaa
    tq sebab singgah. nampak macam kembar ek kalau pakai sepasang/
    hmmm...

    ReplyDelete
  6. @Kniedaz
    hahaha...
    tu la kan? tapi kadang-kadang tu tak pakai sama pun dia orang ingat kembar juga. kembar sepasang sebab muka Anis nampak boyish sikit.

    ReplyDelete
  7. @rammyd
    boleh tahan la. memang plan pun. at least si kakak ada kawan kalau duduk sendiri nanti. tak la sunyi sangat. plan untuk dapat girl jugak. alhamdulillah...

    penat tu biasa la sebab Anis sekarang ni sangat lasak. huhuhu... Alya dengar kata sikit kadang-kadang tu...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign