Fresh from the owner...

21 June 2010

Erk?! Bleeding ke? Kenapa ye?



masa baru kawin dulu, aku or encik suami selalu juga berulang-alik Shah Alam to Pasir Gudang and vice-versa. selalunya aku la yang ke sana. masa tu pulak baru kerja dengan satu publishing company ni. bila balik ke Pasir Gudang (kebetulan masa tu musim buah durian), encik suami selalu jugak belikan durian. memang makan sedap la. macam-macam jenis durian ada. tapi alhamdulillah... aku makan la banyak mana pun durian, tak panas badan. mungkin sebab dah biasa kot.

bila balik ke Shah Alam, rasa sangat tak sedap. perut sakit. sendi-sendi pun sakit juga. nak kata datang 'P' pun tak boleh juga. tapi ada bleeding sikit-sikit. bila dah 2-3 hari cuma ada bleeding je... tak nampak macam betul-betul nak period, encik suami suggested pergi klinik and check. dia kata takut ada 'something'. masa tu baru sebulan kawin. so, aku ke klinik section 2 tu pagi-pagi. dalam fikiran tertanya jugak kenapa jadi macam tu. memang adat lepas kawin ke? sebab ada yang period jadik tak menentu lepas kawin, ada yang okay-okay je.

macam biasa la. kalau jumpa doc mesti dia tanya kenapa. bila diterangkan, dia tanya dah kawin ke belum? lepas jawab 'ya'... doc suruh buat urine test. dalam hati ni aku dah agak mesti dia nak checked whether aku ni pregnant ke tak. tapi bleeding tetap ada. lepas buat urine test, doc panggil semula. masa tu aku seorang-seorang je la sebab encik suami di Johor. 


doc bagi penerangan. dia kata kalau ikutkan test tu, nampak macam pregnant. second line a bit blur. kalau pun dah ada... dah two weeks pregnant la ni. sebab tu line tu blur. bleeding tu ada dua maksud katanya. mungkin baby nak gugur. satu lagi sebab angkat berat-berat and makan something yang tak patut makan. she advised me to wait. avoid angkat benda berat. jangan turun naik tangga kerap sangat. banyakkan rehat. kalau still bleeding, kena pergi cuci la sebab berlaku keguguran.

aku? bila dengar macam tu teruja bercampur sedih la jugak. dalam hati ni kata sebab makan durian banyak sangat ke? tu yang jadi panas 'dia' kat dalam tu. masa tu hentam je makan segala sebab mana tahu ada apa-apa kan? bila bagitahu encik suami... dia kata "Kan betul Honey cakap! Bleeding sebab dah ada something. Bukan sebab nak period!". huhuhu... okaylah! betullah tu. 

he asked me to quit my job and balik dengan dia ke Pasir Gudang. katanya... duduk seorang-seorang kat sana, tak ada orang nak tengok. jadi apa-apa, dia pulak yang susah hati. kena pulak first baby dah ada bleeding. dia pun kata takut jadik apa-apa kat aku je. tu sebab dia nak datang ambil. encik suami ada kata juga, insyaAllah, 'dia' kuat. 'dia' akan survived. tapi kalau gugur jugak, nak buat macam mana. dah bukan rezeki. walaupun akal cuba untuk terima apa yang encik suami cakap... tapi hati cuba untuk tolak. sedih la juga.

dalam hati ni tertanya-tanya. survived tak anak aku ni? sebab doc tu suruh check semula nanti. nak make sure betul ke tak pregnant or tu cuma false alarm. huhuhu... apa yang jadik ye???

nak minum air la kejap. dahaga la pulak. sambung nanti ye. ngeee...


my foot: anak tu anugerah Allah. orang yang buang dan bunuh bayi memang tak ada sifat kemanusiaan lagi dah!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. ha yg ni mmg pernah terjadi pada ciklin... apapun byk2 berehat yer...

    salam kenal dari ciklinn

    ReplyDelete
  2. eh apa da... elok2 baca ni pengalaman dulu leh komen cenggitu lak.. adess... sori ha tuan rumah...hahhaha

    ReplyDelete
  3. ngeee~~tgh syok baca..tba2 ada smbgn..hehhehe..

    btw, ajal maut rezeki jodoh semua kat tgn TUhan..even baby survive or not, yg pasti apa pun yg berlaku, itu yg TERBAIK..sbb Allah tahu yg terbaik tuk kita :)

    ReplyDelete
  4. @~~ciklinn~~
    tak apa...sesekali silap tu biasa la.
    ngeee...

    ReplyDelete
  5. @Eka Yucika
    hehehe...
    nanti sambung cerita lagi ye?

    ReplyDelete
  6. fswe flcwn Porn Video ombsnw i pv g dtt

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign