Fresh from the owner...

20 June 2010

Berpeluh dahi saya dibuatnya!!!


ini la rupa bentuk kereta yang aku kena drive last 2 days. ala... Waja je? tu pun dah nak kecoh ke? siapa yang kecoh ni? sibuklah kau! kebetulan abang aku yang duduk Klang tu balik kampung. bawa the whole family sempena dengan musim cuti sekolah ni. hari Sabtu tu masa aku tengah makan nasi, dia minta aku drive kereta dia. uiiik...!!! gila ke apa? nak drive kereta dia ke?

takut ke? aku ni ada lesen ke tak ada lesen? takut la. bukan kereta aku. kalau jadik apa-apa tu kereta aku. ni kereta orang yang nak balik ke Klang pula the next day. jadi apa-apa siapa mahu tanggung? lesen? of course la ada. penat aku cerita pasal pengalaman aku bawa kereta sebelum ni.

masalahnya...


itu kereta manual la. bukan auto. aku dah la lama tak drive manual ni. entah ingat entahkan tak dengan segala-gala yang telah dipelajari dulu. last time bawa manual car ni pun beberapa bulan lepas dapat lesen. then, kena adapt dengan kereta auto yang sangat senang untuk didrive tu. bila dah ada kereta auto mana bawa manual car lagi.

dah  bertahun-tahun dah tak bawa manual car. dalam kepala otak ni dah berkarat ilmu bawa kereta manual ni. huhuhu... kalau Kancil ke... Viva ke... tak apalah lagi. aku rasa Waja tu sangat besar sementelah ia adalah kereta orang. abang sendiri pun orang juga. nak menjawab ke kalau jadi apa-apa walaupun dia yang suruh bawa?


semua orang dah paksa  sebab aku seorang je yang boleh drive masa tu, aku gagahkan hati sebab aku dah tak berapa nak ingat mana la clutch dengan break. aku cuma ingat minyak je. harharhar... auto kan ada dua je benda dah la tu kena main gear dengan clutch dan segala macm kat bawah tu.

dalam keadaan macam ni, Waja yang biasa bawa tu pun rasa macam besar gedabak. berpeluh-peluh dahi ni dibuatnya. dalam kepala dok memikir... kaki menggeletar dibuatnya. macam mana la kalau tiba-tiba terlanggar kereta orang lain. aduyaiii... scarynya!!! macam mana nak buat ni?

aku called encik suami. dia kan pemberi semangat yang terbaik. abang aku dah dok jeling-jeling suruh bawa. ayah aku pun dah bising-bising. dengan kalimah Bismillah dan tawakal aku bawa juga kereta tu. gayanya macam baru first time drive kereta. takut dan cuaknya mengalahkan apa entah. alhamdulillah... sampai juga ke rumah dengan selamatnya. ngeee....

boleh je drive. mana ada susah pun. cuma ada la kejap-kejap tu cam nak termati dah kereta tu tengah jalan. tu pun aku ter'confused' antara tiga benda kat bawah tu la. kesimpulannya, skill masih ada. cuma tak dipolish je sebab auto tak memerlukan tukar-tukar gear, main clutch, minyak dan break. hehehe...


my foot: jangan takut-takut! belum cuba belum tahu kan? huhuhu...
encik suami, saya tetap mahu kereta auto ye. harap maklum!!!


pics credit to Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. haha....berani gak tu...kire ok la tu

    ReplyDelete
  2. hahaha.. dia jd takut pasal tu kete org. klu kete sendiri kena guna jugak. dh kete sendiri. hihi =P

    tahniah la dpt bawak kete manual. =)

    ReplyDelete
  3. @princeduyong
    hahaha...tu kalau tak ada orang...memang lagi lama la kereta tu nak bergerak.dok mundar-mandir fikir nak buat macam mana la agaknya...

    ReplyDelete
  4. @ASaDa RyutaRo
    betul3...kalau kereta sendiri belasah aje le...

    sape nak marah kan?ngee...

    ReplyDelete
  5. wahaha..same la. takot betol kene bawak kete manual.
    takpe2.practice make perfect!~

    ReplyDelete
  6. @MissNafa
    tu la kan?
    practice makes perfect!!!
    hahaha...

    ReplyDelete
  7. @MissNafa
    tu la kan?
    practice makes perfect!!!
    hahaha...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign