Fresh from the owner...

18 June 2010

Azrinaz Mazhar Hakim dan Mazuin Hamzah. Sama tapi tak serupa!


ada blog yang kebetulan sempat aku jengah tulis pasal ni. pasal si cantik manis bekas pembaca berita TV3 ini. yang mana beliau akhirnya disunting menjadi permaisuri kedua dalam hidup Sultan Brunei. namun kini, beliau terpaksa menerima hakikat akhirnya dilepaskan jua dengan talak satu. Azrinaz Mazhar Hakim, gelaran dan pangkat yang diterimanya juga dilucutkan.

sudah punya sepasang cahayamata yang comel. namun apakan daya kita manusia yang hanya mampu merancang. Allah yang Maha Mengetahui dan menentukan segala-galanya. kita mengharapkan hidup bahagia ke akhir hayat. tapi sudah takdirnya begitu. terima sajalah kan?


masih ingat dengan penyanyi jelita ini? Mazuin Hamzah juga pernah melalui pengalaman yang sama. bertahun-tahun akhirnya mahligai emas itu musnah juga. engineer-engineer ternama juga tidak mampu membina kembali mahligai emas itu. sudah cair pun mahligai emas itu. nak kutip pun tak dapat lagi kan? huhuhu...

barangkali ini tulah? rakyat Malaysia memang tidak boleh bergandingan dengan kerabat Brunei. sudahnya... inilah yang terjadi! pandai-pandai saja aku ni. sudah jodohnya setakat itu. berusaha sekuat mana pun kalau sudah itu yang tersurat di Luh Mahfuz... terima sajalah dengan hati yang redha! 

kaya miskin bukan menentukan bahagia. setiap satu kejadian sudah ditentukan oleh-Nya! siapa kita mahu menghalang? itu sudah bahagian masing-masing kan? huhuhu...



my foot: takziah Azrinaz Mazhar Hakim.
ha, terbaca juga cerita pasal Apek yang masih tersenyum gembira walaupun direman sehari lagi pasal dadah! dunia artis barangkali begitulah. bertopeng-topeng manusia di dalamnya. gembiralah Apek kalau kamu rasa glamer dengan cara itu. tidak kasihankah ke dengan anak-anak dan isteri kamu? erk?!


pics credit to Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. jgn la dia jd cam mazuin dulu. tak blh tgk anak dia kan kalau dia balik semenanjung. kesian hmm

    ReplyDelete
  2. @hudhud
    hak penjagaan anak-anak pada azrinaz kalau tak silap baca tu hari...

    ReplyDelete
  3. Semua perkara yang berlaku ada cerita di sebaliknya. Kalau difikir-fikirkan, nasib azrinaz memang baik sebab kalau tidak...tidak mungkin boleh bebas dan balik ke Malaysia..kalau sudah berkahwin dengan kerabat diraja memanglah kelakuan dan tingkah laku perlu dijaga dan bukannya buta dan tamak dengan duit..fikir-fikirkanlah..

    ReplyDelete
  4. Tulah kalau dh xde rezki jd istri sultan..tuhan naikkan darjat tp x tau nk jaga...bak kata nenek aku ' org xde tuah'...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign