Fresh from the owner...

10 June 2010

Alahai Alya...


Alya sekarang dah jadi makcik kecik yang sangat garang.
jangan cari pasal kalau tak nak sakit dengan dia.
hahaha... anak manja abah ni memang garang gila.
cousins yang same age (kecuali Aida) dengan dia semua dah kena.
tapi aku perhatikan...
dia akan buat orang kalau dia tak puas hati dengan orang tu.


macam Mirul sepupu yang selalu dengan dia tu.
memang selalu jugak dia kerjakan.
kalau time baik tu baik la. kalau tak... memang habislah.
dicubit, digigit... dipukulnya.
aktiviti semasa dia la tu. huhuhu...


Mirul dia pukul kalau ambik barang-barang dia.
kadang-kadang dia tak bagi orang lain pegang.
ada masa dia tak kisah langsung.
budak-budak besar tu tengah belajar semua benda.
ada masa dia geram kalau Mirul tu tak dengar cakap dia.


tapi skearang kalau ditanya pada dia, dia anak manja siapa...
dia akan jawab, "Anak manja abah dengan ibu!"
apa-apa yang ditanya melibatkan jawapan sama ada abah atau ibu,
dia akan jawab, "Abah dengan ibu!"
dia tak pilih satu tapi pilih kedua-duanya.
alahai anak...



my foot: anak-anak ni kadang-kadang uji kesabaran. bergantung pada kita, ibu bapa untuk mencorakkannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign