Fresh from the owner...

11 June 2010

Ada apa dengan komuter dan LRT?


masa zaman aku belajar dulu, antara pengangkutan awam yang biasa aku guna untuk jalan-jalan or nak ke Puduraya adalah taraaa... komuter dengan LRT. masa tu stesen bas kat Shah Alam tak ada pun lagi bas untuk ke Pantai Timur. bila dah ada, aku tak ke Puduraya lagi. kecuali kalau nak jalan-jalan ke tempat lain. KTM kata komuter akan datang 15 minit sekali. masa tu tak ada maknanya kalau 15 minit sekali. memang jenuh menunggu. orang yang menunggu memang ramai.

pernah sekali tu (actually bukan sekali. ada la 2-3 kali berdepan situasi sama), masa aku naik komuter dari KL ke Klang. bukan dekat-dekat jugak perjalanan. kebetulan, aku bawak anak buah jalan ke KLCC. on the way balik tu, dalam komuter memang penuh dengan orang. budak-budak bila dah penat berjalan mula la. mata jadi mengantuk. kebetulan, aku berdiri dalam tu sebab malas nak berebut. janji dapat naik dan balik. nak tunggu komuter lain pun sama jugak.



nak dijadikan cerita, masa aku berdiri dan dukung anak buah aku yang tidur tu, ada sepasang couple. bangsa sendiri ye. dia cuma pandang-pandang and cakap anak buah aku comel. selebihnya dia orang sembang sambil senyum-senyum kat aku. tak ada pulak si boyfriendnya nak offer kerusi dia untuk aku duduk memandangkan aku pegang budak tengah tidur. mesti penat. tapi dia orang buat selamba badak je. sampai ke sudah memang dia orang tak offer tempat duduk untuk aku.

kejam? sebangsa? boleh dikatakan kejam jugaklah. macam tak kesian tengok orang lain susah. aku pun bukanlah mintak sangat. tapi apalah salahnya kan kalau offer pun. kadang-kadang aku tengok bangsa lain lebih baik daripada segi adab macam tu. sebabnya aku ecountered banyak insiden jugak yang melibatkan tempat duduk ni. bangsa lain tengok, bangun dan siap offer. bangsa kita? huhuhu... sedih betul! walaupun tak semua macam tu tapi ada jugak yang macam tu kan?

dan aku sendiri pernah cuba buat baik dengan offer this one lady yang pregnant. tapi dia tolak untuk duduk. then, dia sambung sembang dengan kawan dia. aku tak tahu kenapa dia tolak. bila this chinese guy next to me sedar daripada nap and saw this malay lady yang pregnant tu berdiri, terus dia offered tempat duduk dia. and this malay lady accepted pulak tu. chinese guy tu bangun dan pandang aku.

mungkin dalam hati dia kata, satu bangsa tapi tak mahu tolong. susah jugak kalau situasi macam tu. aku tak tahu kenapa dia boleh terima pulak offer chinese guy tu tapi tolak offer aku. manusia ni kadang-kadang susah nak predict. tu antara experinces aku dalam komuter dengan Star Putra. sedih-sedih...


my foot: tak tahu nak buat macam mana. aku buat bodoh je bila chinese guy tu pandang. nak buat macam mana lagi kan?



pics credit to Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. hmm adakah perempuan tu racist? or dia tak mo dok sebelah chinese guy tu but prefer to sit next to u?

    ReplyDelete
  2. @iman
    tak sure la pulak. mungkin la kot...

    ReplyDelete
  3. haha. adekah chinese guy itu hensem?
    ngeh3 dats y die x tolak. wahahah =D
    macam-macam...

    ReplyDelete
  4. @aainaa
    biasa-biasa je...
    dah tk brp nk ingt muka chinese guy tu.
    harharhar...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign