Fresh from the owner...

10 May 2010

Suhunya mencecah 38.++!!!


pagi ni checked suhu Anis. walah... mencecah 38 lebih. semalam masa bawak ke hospital, MA tu checked... dia kata tak demam. tapi asal petang nak bawak ke malam, mula la. panas bukan main lagi. berbanding semalam, malam tadi lagi kurang tidurnya. muntah 2-3 kali. risau jangan cakaplah. ni kalau bawak pergi klinik, entah-entah dia cakap benda yang sama.

MA tu bagi ubat. tapi dia tak suggest makan. setakat ni kalau ke hospital... MA memang tak suggest makan ubat walaupun dia bagi ubat. hah, macam mana tu?! dia kata, baby kalau demam tu jerlun je kepala dia dengan air. jerlun banyak kali. sampai hilang suhu panasnya tu. kalau tak hilang jugak barulah bagi ubat. reason? buah pinggang baby tak berapa nak sesuai dengan ubat-ubatan ni. dah darurat baru la boleh kasi.

macam tu la pulak. doktor tak cakap macam tu pun. doktor bagi je. kalau ke KKIA tu, nurses takkan bagi ubat selesema kat baby yang kurang daripada 2 tahun. tapi doktor tak ada masalah pun. huhuhu... jadik Anis a bit meragam la sepanjang hari. tak berapa nak lena tidur. kalau tidur pun atas bahu. letak dalam buai... kejap je tidur. lepas tu nangis. memang tak boleh nak buat kerja la.

ni semua aksi-aksi menunggu turn semalam...



sepanjang malam jugak dok jerlun kepala dia. kalau rasa kering je morning towel tu, aku basahkan la. tu la... pengorbanan ibu ni memang tak terbatas. walaupun kepala dah pening-pening. tidur pun macam cukup tak cukup je. tapi anak punya pasal, tak ada hal punya. semua boleh. hehehe... encik suami pun dah bising-bising. suruh minum banyak air masak, makan makanan yang berkhasiat, jaga kesihatan diri... bla...bla...bla... ye la... he's not around to watch me kalau aku sakit.

encik suami jangan risau. saya ni akan cuba jaga diri saya sebaik mungkin. untuk anak-anak dan jugak untuk encik suami jugak. encik suami tu yang kena jaga diri sendiri sebab dah duduk jauh ni saya tak dapat la nak tengok-tengokkan. cuma boleh tolong ingat-ingatkan je. huhu...

pakcik yang dalam bulatan tu datang sebelum aku datang. tapi kami dipanggil masuk dulu. dia dok berzikir je. kejap-kejap tu dengar la jugak dia sebut adoi... sakit... lepas tu berzikir semula. bagus pakcik ni. kebetulan masa aku bawak anak-anak masuk, pakcik tu pun masuk sama 2 minit kemudian. pakcik tu menurut kata anaknya dah seminggu tak makan. tak lalu nak makan. badan pun sakit-sakit. tapi bila tengok MA tu buat kerja macam leweh je. nak tak nak checked je.

tu sebab jugak la aku nak bawak dia orang ni ke swasta. swasta ni lain sikit. tapi semalam aku ke hospital pun bukan nak ambik ubat sangat. tapi nak dia orang checked lungs Anis ni. before aku cakap Anis ada kes pneumonia, langsung MA tu tak checked. bila dah cakap baru la nampak kesungguhan sikit. tapi katanya clear. habis tu... macam manalah nak percaya dengan hospital kerajaan ni? huh!


my foot: susahkan kalau kerja tak berapa nak ikhlas ni? huhuu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. tinggi suhu tu kak. kena jerlun selalu tu bg kurang panas..

    semoga anak akak cepat sembuh.. kena g klinik swasta gak, layanan lebih bagus..

    ReplyDelete
  2. @ASaDa RyutaRo
    memang tinggi pun. kalau cecah 39 tadi terus bawak swasta. tp skg ni dah ok sikt. alhamdulillah...dh turun 37.

    thanks dik n hopefully dia cpt smbh la...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign