Fresh from the owner...

08 May 2010

Saya ingin berada di dalam blog list kategori PINK kerana ...


saya pun tak tahu kenapa saya pilih PINK. mungkin kerana blog saya ini banyak bercerita tentang saya dan keluarga kecil saya ni. dan ada juga cerita-cerita lain. tapi keseluruhannya mengenai saya dan kehidupan saya serta dua bidadari yang sedang membesar ini. jadik kerana itu saya memilih PINK. teruja pulak rasa di jiwa saya ni. ngehngehngeh... tambahana pula dengan mood swnig saya sekarang ni, saya berusaha untuk kembali menjadi rajin menulis seperti dulu.

idea yang banyak kadangkala saya biarkan kerana melayan mood saya yang tidak menentu ini. kerana itu... saya perlu bangkit dan bercerita di dalam blog saya itu untuk tatapan si ana-anak bila mereka dewasa nanti. apa yang saya merepek ni? huhu... kadangkala begitu jugalah. lain yang nak tulis, lain pulak yang aku tulis.

okay encik ben... saya mahu masuk kategori PINK kerana saya adalah seorang ibu. tidak perlu penjelasa lebih lanjut kerana list PINK adalah untuk blog-blog ibu. betul kan? betullah tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign